nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pahang adakan cabutan bertuah galak daftar vaksin COVID-19

12 APRIL: Kerajaan Pahang mengadakan cabutan bertuah sebagai usaha bagi menggalakkan penduduk negeri itu mendaftar sebagai penerima vaksin melalui laman web Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang (SICP).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, berkata cabutan bertuah itu menawarkan hadiah baucar bernilai RM1,000 bagi setiap pendaftar ke-50,000 dan 100,000 sehingga pendaftaran mencapai sasaran ditetapkan, iaitu 1.1 juta penduduk.

Katanya, baucar itu boleh ditebus di dua pasar raya besar di Pahang dengan pemenang perlu menuntut hadiah itu di pejabat daerah terdekat.

“Mereka yang membuat pendaftaran lengkap dan memberikan persetujuan untuk divaksin sahaja layak menyertai cabutan bertuah terbabit.

“Ini kerana kita dapati ramai masih tidak melengkapkan pendaftaran apabila daripada seramai 168,592 orang yang sudah mendaftar, hanya 38,000 individu melengkapkan sepenuhnya permohonan,” katanya pada sidang media di Pusat Gerakan Operasi Imunisasi Kerajaan Pahang di Kuantan, hari ini.

Sallehuddin berkata, kerajaan Pahang juga menggalakkan penduduk di negeri itu untuk mendaftar di SICP yang dibangunkan bagi memastikan tiada pihak ketinggalan pendaftaran atau tarikh janji temu suntikan diterima mereka menerusi aplikasi MySejahtera.

“Sebagai contoh, SICP memudahkan pendaftaran mereka yang tidak mempunyai capaian internet atau telefon pintar.

“SICP membolehkan pendaftaran dilakukan menerusi panggilan telefon atau dibantu agensi atau badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan,” katanya.

Pada majlis itu, dua individu diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah Fasa Pertama, iaitu pendaftar Ke-50,000, Muhammad Azizi Khalid dari Perumahan Peramu Jaya, Pekan, Pahang dan pendaftar Ke-100,000, Muhammad Amin Muhd Zin di Genting Highlands, Pahang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.