nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan hilangkan perpaduan kaum di Malaysia

 18 APRIL:  Tindakan sebuah sekolah di negeri Johor yang telah melibatkan unsur-unsur bangsa dan kaum dalam pemilihan kategori kokurikulum untuk pelajar amat dikesali.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, hal sedemikian tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai keturunan serta diiktiraf sebagai masyarakat majmuk.

Menurut beliau, umum mengetahui bahawa premis pendidikan adalah pusat pembelajaran yang menyatukan semua kaum di bawah satu bumbung.

“Sementara aktiviti sukan sekolah pula merupakan instrumen untuk membina perpaduan rentas kaum serta keharmonian hidup bersama yang perlu dipupuk mulai bangku sekolah lagi,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter mempersoalkan tindakan sekolah menengah di Batu Pahat, Johor itu dan memuat naik gambar sekeping surat, yang mengandungi senarai kelab dan persatuan serta sukan yang didakwa terbuka untuk satu kaum sahaja.

Senarai itu antara lain menyatakan kelab Bahasa Cina hanya terbuka untuk pelajar kaum Cina, bola sepak (Melayu), bola keranjang (Cina), ping pong (Cina), bola jaring (Melayu) dan sepak takraw (Melayu).

Dalam pada itu, Ahmad Fakhruddin memberitahu selain kegiatan sukan, sekolah itu juga sebelum ini menetapkan hanya kaum tertentu boleh menyertai sejumlah kelab berdasarkan bahasa, mata pelajaran, kebajikan dan kepercayaan.

Tambah beliau, sekiranya pihak berkenaan mengambil tindakan menghadkan aktiviti kokurikulum seperti aktiviti persatuan atau sukan kepada kaum tertentu sahaja, maka usaha melahirkan generasi yang saling hormat menghormati antara kaum akan gagal dan perpaduan kaum makin terhakis secara beransur-ansur.

“Sehubungan itu, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengambil langkah segera supaya insiden penetapan jenis sukan kepada kaum-kaum tertentu tidak lagi berulang.

“ Ini kerana ia tidak membantu mengukuhkan hubungan antara kaum, tetapi lebih mendatangkan mudarat pada masa akan datang,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.