nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ayam antara 12 barangan dikawal harga sempena Aidilfitri

19 APRIL : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan kenaikan harga ayam daripada RM7.50 kepada RM7.90 merupakan keputusan yang ditetapkan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu berjaya dicapai bersama setelah mengadakan perbincangan dan mendapat maklum balas daripada pihak MAFI serta agensi dibawahnya.

Selain itu, menurut beliau, kerajaan juga akan mengambil kira maklum balas daripada pengeluar, pemborong dan peruncit bagi penetapan harga tersebut.

“Antara faktor kenaikan harga ini adalah disebabkan peningkatan kos makanan ternakan ayam sejak Januari 2021 iaitu jagung dan soya yang diimport dari luar negara.

“Kawalan harga dilaksanakan disetiap peringkat rantaian pengedaran ayam iaitu peringkat ladang, borong dan runcit bagi mengekang kenaikan harga ayam yang tinggi seperti yang dilaporkan oleh pihak media kebelakangan ini.

“Penetapan ini tidak membebankan peniaga kerana setiap rantaian pengedaran ayam tersebut telah mendapat keuntungan masing-masing,”” katanya ketika ditemui pada sidang media Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Putrajaya, hari ini.

Alexander turut memberitahu penetapan harga ayam ini juga dijangka dapat mengurangkan rungutan rakyat berhubung isu kenaikan harga terutamanya bagi ayam yang merupakan sumber protein yang mudah diperolehi.

“Selain itu dimaklumkan kawalan harga ini hanya pada ayam hidup, ayam standard dan ayam super sahaja semasa musim Perayaan Hari Raya Puasa.

“Manakala kepak ayam dikawal semasa musim perayaan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan di Sarawak,Sabah dan Labuan sahaja. Harga bagi bahagian (yang telah dipotong) tidak dikawal contohnya dada, kaki, paha,” katanya.

Sementara itu, berkenaan SHMMP Perayaan Aidilfitri, skim tersebut akan dilaksanakan mulai 21 April ini sebagai langkah bagi menyekat kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadhan dan menjelang perayaan Hari Raya Puasa yang akan disambut pada 13 Mei 2021 diseluruh negara.

Menurut beliau, tempohnya adalah selama sebulan iaitu 22 hari sebelum perayaan,  pada hari perayaan serta tujuh hari lagi selepas hari perayaan.

“Kementerian ini telah mengenal pasti sebanyak 12 jenis barangan bagi pelaksanaan skim ini iaitu ayam hidup, ayam standard dan ayam super yang disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagian,daging lembu tempatan, daging lembu import, dan daging kerbau import.

“Selain itu, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, ikan kembung termasuk ikan mabung, ikan selayang dan ikan aya/tongkol turut tertakluk di bawah skim tersebut,” katanya.

Tambah beliau, penentuan harga barangan bagi negeri-negeri dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan mengambil kira faktor perubahan harga, khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi harga di negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak.

Justeru itu, Alexander menegaskan sekiranya peniaga dengan sengaja menaikkan harga tanpa alasan-alasan yang munasabah dengan niat untuk membuat keuntungan tinggi yang berlebihan, tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan  Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.

“Selain itu, notis di bawah Seksyen 21 Akta turut dikeluarkan dan dikuatkuasakan dengan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak bagi mendapatkan penjelasan.

“Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.