nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lelaki mangsa buli disyaki bunuh rakan sekerja

21 APRIL :  Seorang lelaki yang seringkali menjadi mangsa buli rakan sekerjanya bertindak nekad membunuh rakan sekerjanya itu di sebuah pangsapuri di Jalan Kemajuan, Subang Ahad lalu.

Perbuatan lelaki tersebut bersama tiga lagi rakannya terbongkar apabila gerak geri mereka di rumah mangsa dirakam oleh kamera litar tertutup di pangsapuri tersebut.

“Semakan polis pada rakaman kamera litar tertutup di pangsapuri itu telah mendapati tiga lelaki tersebut memasuki rumah mangsa pada 12 tengah malam sebelum mangsa pulang setengah jam kemudian.

Tidak lama selepas itu, rakaman kamera litar tertutup itu memperlihatkan ketiga-tiga lelaki keluar dari rumah mangsa dengan menolak sebuah tong sampah,” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman, dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini.

Mayat mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun ditemui berbungkus dengan plastik hitam dalam sebuah tong sampah yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.

Kata Abd Khalid lagi, ibu saudara mangsa menyedari kehilangannya apabila tidak lagi menerima panggilan telefon seperti kebiasaan yang menyatakan dia telah pulang daripada bekerja pada Isnin lalu.

“Ibu saudara mangsa kemudiannya diberitahu oleh majikan mangsa bahawa anak saudaranha tidak hadir bekerja dan kemudiannya membuat laporan polis.

“Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis kemudiannya membuat pemeriksaan di kediaman mangsa dan mendapati keadaan rumah mangsa berselerak dan terdapat kesan tompok darah di dalam tandas,” ujarnya.

Polis kemudian menemui beberapa dokumen peribadi dan dompet mangsa di bawah jejambat di Jalan SS 16/1 sebelum menjumpai sebuah tong sampah di kawasan berhampiran jalan itu yang ada mayat seorang lelaki yang dibungkus dengan plastik hitam.

Berdasarkan penemuan tersebut, polis telah melakukan beberapa tangkapan di empat lokasi pada Isnin lalu iaitu dua di sekitar ibu negara, Kajang di Selangor serta Port Dickson di Negeri Sembilan yang melibatkan empat suspek lelaki berumur lingkungan 20 hingga 25 tahun.

Menurut Abd Khalid, ujian air kencing semua suspek mendapati  negatif dadah dan siasatan lanjut mendapati suspek utama merupakan rakan serumah dan rakan sekerja kepada mangsa.

Suspek pertama direman selama empat hari hingga Jumaat ini manakala tiga lagi termasuk suspek utama direman enam hari hingga 26 April di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.