nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SKMM sekat 2,195 laman web promosi judi dalam talian

21 APRIL: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah sekat 2,195 laman web mempromosikan judi dalam talian disekat pihak berkuasa setakat bulan lalu.

Menurut SKMM, sekatan itu berdasarkan kepada permohonan rasmi dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 selain maklumat orang awam.

Katanya SKMM turut bekerjasama dengan pihak penyedia platform media sosial yang berpangkalan di luar negara seperti Facebook, Twitter, dan YouTube untuk menurunkan kandungan sedemikian mengikut terma perkhidmatan serta piawaian komuniti yang ditetapkan oleh pihak mereka.

SKMM berkata, bagi aspek penguatkuasaan pula, audit pengesahan data pelanggan talian telefon prabayar sudah dijalankan pihaknya bagi memastikan semua nombor yang aktif disahkan dengan sewajarnya.

“Ini penting bagi mengelakkan nombor berkenaan disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan jenayah yang tidak terhad kepada penipuan dan mempromosi judi dalam talian.

“Sehingga bulan lalu, sejumlah 19,765 talian telefon sudah ditamatkan atas kesalahan spam SMS yang mempromosikan judi dalam talian, pinjaman tidak berlesen dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, selain tindakan pencegahan dan penguatkuasaan, turut diutamakan ialah usaha meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung aktiviti yang salah di sisi undang-undang, termasuk kegiatan judi dalam talian.

“Antaranya, program advokasi pengguna menerusi kempen kesedaran di seluruh negara serta melalui hebahan media bagi memupuk kesedaran dan sikap waspada orang ramai terutama golongan muda dan kanak-kanak supaya tidak terjebak dengan kegiatan judi dalam talian.

“Sehubungan itu, SKMM mengingatkan pengguna media sosial supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan kandungan sedemikian kepada orang lain kerana ia hanya akan membantu pihak terbabit mempromosikan judi dalam talian yang boleh memudaratkan masyarakat.

“Sekiranya terjumpa sebarang kandungan yang mempromosikan perjudian dalam talian, pengguna digesa untuk melaporkan secara terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.