nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekalan ayam segar mencukupi hingga lepas raya-KPDNHEP

22 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan ayam segar mencukupi sehingga selepas sambutan Aidilfitri.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian itu sudah  mengadakan perbincangan dengan  beberapa pengeluar ayam terbesar dan pihak berkenaan memberi jaminan bekalan mencukupi.

“Selepas mengadakan konsultasi dengan beberapa pengeluar ayam yang menternak dalam skala besar, mereka memberi jaminan bekalan ayam mencukupi sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Semalam, saya turut berhubung dengan pengusaha peladang, mereka juga memberi jaminan kepada saya bahawa bekalan memang ada dan mencukupi, justeru jangan risau kepada semua pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan dan tinjauan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 di MyFarm Outlet Kasih Putrajaya di Putrajaya, hari ini.

SHMMP Hari Raya Puasa 2021 dilaksanakan selama 30 hari bermula 21 April hingga 20 Mei ini yang terdiri daripada 12 jenis barangan, membabitkan empat kategori, iaitu ayam, telur ayam, daging dan hasil laut.

Alexander berkata, KPDNHEP juga mengadakan perbincangan dengan banyak pihak berkaitan sebelum membuat penetapan harga sesuatu barangan pengguna.

“Di seluruh negara, 12 barangan disenaraikan di bawah SHMMP Hari Raya Puasa 2021, membabitkan dari runcit ke borong perlu mengikut harga ditetapkan di setiap peringkat.

“Disebabkan ini, peruncit tak sepatutnya kehilangan margin atau keuntungan mereka kerana kami dah teliti dengan mendalam dan pastikan peniaga tidak sepatutnya terjejas,” katanya.

Pada masa sama, Alexander berkata, harga ayam dan telur ditetapkan daripada peringkat ladang dan tidak sepatutnya peniaga atau peruncit berdepan masalah harga tinggi apabila membeli dari pemborong.

Mengulas desakan sesetengah pengusaha daging tempatan yang mahu harga siling bahan makanan terbabit dikaji semula, beliau menegaskan, kementeriannya tidak berhasrat berbuat demikian bagi kesemua 12 barangan berkenaan, memandangkan nilai sudah ditetapkan itu dipersetujui pihak berkepentingan, seperti pemain industri dan kementerian berkaitan.

Justeru, beliau berharap supaya semua pihak jangan mempolitikkan hal penentuan harga syiling berkenaan kerana kementerian mahu bersikap adil dengan menjaga kepentingan semua, bukan menganiaya mana-mana pihak.

“Penetapan harga siling daging lembu ini pun dibuat untuk bahagian tertentu daging, bukan keseluruhan bahagian, jadi peniaga bebas menjual bahagian lain lembu pada harga difikirkan mereka sesuai,” katanya.

Selain itu, Alexander menyangkal kenyataan segelintir pihak bahawa pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2021 sepatutnya dibuat lebih awal dan membabitkan lebih banyak barangan kerana beliau menyifatkan skim itu adalah tepat pada waktunya serta mengikut perancangan teliti.

“Kami melaksanakan skim ini selepas memantau dan membuat libat urus dahulu dengan semua pihak. Pelaksanaan penetapan harga ini juga dibuat secara berperingkat, iaitu bermula dengan hanya 12 barangan dahulu, merangkumi daging, ayam, telur dan ikan.

“Bagi sayur, harga syilingnya masih belum ditetapkan kerana setakat ini, belum ada indikator menunjukkan harga sayur yang biasanya dikawal sudah naik harga,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.