nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Guna Dana KWAN Semata-Mata Mahu Selamatkan Negara

25 APRIL : Kerajaan mengesahkan Dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang digunakan semata-mata bagi menyelamatkan suasana negara yang ketika ini yang berdepan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, dana daripada tabung itu hanya digunakan sedikit kerana negara sekarang berada dalam keadaan kecemasan.

Namun katanya, dana berjumlah RM3 bilion yang dibentang dan diluluskan dalam Parlimen sebelum ini untuk pembelian vaksin bagi 80 peratus rakyat Malaysia itu didapati tidak boleh menjamin keadaan negara untuk kembali pulih.

“Jadi, kita kena bagi juga pekerja asing atau orang asing yang ada di Malaysia dengan kos tambahan sebanyak RM2 bilion. Ekoran itu, untuk selamatkan suasana negara, kita pakailah sedikit duit tabung (KWAN). Nanti ia akan diisi balik.

“Duit tabung yang digunakan adalah untuk kecemasan dan yang betul-betul cemas dan Covid-19 adalah satu kecemasan bukan hanya di Malaysia tetapi satu dunia berdepan keadaan ini,” katanya kepada media ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bakul Makanan di Taman Sinar Sedili, Kota Tinggi, Johor semalam. 

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memasyhurkan Ordinan Darurat  (Kumpulan Wang Amanah Negara atau KWAN) (pindaan) 2021 bagi meminda Seksyen 6 Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988.

Antara pindaan dibuat adalah dengan memasukkan Seksyen 6c berkenaan membolehkan kerajaan kerajaan menggunaan dana daripada KWAN untuk pemerolehan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit seperti dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Mengikut Warta Persekutuan yang dikeluarkan menerusi laman web Pejabat Peguam Negara, pemasyhuran ordinan berkenaan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasa (2) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Pemasyhuran ordinan baharu berkenaan disebabkan oleh sesuatu darurat besar sedang berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu COVID-19, suatu Proklamasi Darurat telah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan pada 11 Januari 2021.

Berikutan itu, Yang di-Pertuan Agong bersetuju memasyhurkan tindakan serta merta meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988.

Dalam pada itu, Abdul Latiff memberitahu, pihak Kejora akan meneliti semula berkenaan hak milik rumah di Taman Sinar Sedili yang turut dilawati beliau dalam program tersebut.

“Saya terkejut apabila ada perkampungan tersusun di sini, tetapi, mereka tidak ada empunya hak. Jadi, bila sudah lama tinggal di sini mereka rasa mereka mampu untuk mempunyai rumah sendiri.

“Maka, kena fikirkan bagaimana, proses agak panjang tetapi tetap boleh dibuat agar rumah ini boleh dibeli atau sewa beli kerana kita juga perlu melihat isu-isu tanah di sini yang sangat berkait dengan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, seiring pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang mahu orang muda di kampung tidak keluar ke bandar, maka, sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan golongan tersebut tidak melakukan hal itu. 

“Sekiranya golongan muda tidak mempunyai rumah, mereka harus dibantu termasuklah menyediakan skim rumah mampu milik berharga RM100,000 ke bawah dan perkara itu akan dinilai oleh kementerian untuk dilaksanakan,”katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.