nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPR terima 52,382 permohonan pendaftaran pemilih baharu

27 APRIL : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terima 52,382 permohonan pendaftaran pemilih baharu daripada warganegara yang layak dan 19,679 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya, dalam tempoh antara 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR akan akan melaksanakan urusan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku pertama tahun 2021 di 908 tempat pameran RDPT ST1/2021 di seluruh negara, selama 14 hari, mulai 28 April hingga 11 Mei 2021.

“RDPT ST1/2021 mengandungi 52,382 permohonan pendaftaran pemilih baru daripada warganegara yang layak dan 19,679 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya daripada pemilih berdaftar yang telah memohon dalam tempoh antara 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

“Semakan RDPT ST1/2021 boleh dibuat melalui beberapa kaedah semakan termasuk hadir ke 908 tempat pameran RDPT ST1/2021 di seluruh negara dan mengimbas Kod QR bagi bahagian pilihan raya parlimen yang diletakkan.

“Orang ramai juga boleh melayari portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan dan menyemak buku RDPT ST1/2021 yang disediakan.

“Mereka juga boleh berbuat demikian dengan melayari portal rasmi SPR di https://pengundi.spr.gov.my/ atau membuat semakan melalui aplikasi MySPR Semak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ikmalrudin berkata semua pemohon dinasihatkan untuk menyemak nama mereka dalam RDPT ST1/2021 dan sekiranya pemohon mendapati namanya tidak disenaraikan dalam RDPT ST1/2021, mereka boleh membuat tuntutan melalui Borang B.

Beliau berkata bagi pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam RDPT ST1/2021 dalam satu-satu bahagian pilihan raya, boleh berbuat demikian, dengan mengisi Borang C.

“Borang B dan Borang C boleh dimuat turun dari portal PejabatPejabat Pilihan Raya Negeri dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pemilih (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh pameran RDPT itu diadakan.

“Semasa tempoh Pameran RDPT ST1/2021, SPR juga mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan atau apa-apa sebab berdasarkan kepada Peraturan 10 dan 25(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002,” katanya.

Beliau berkata sebarang pertanyaan mengenai pameran RDPT ST1/2021 boleh menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.