nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hanya 1.1 juta rakyat Johor daftar vaksin

29 APRIL: Bilangan rakyat Johor yang telah mendaftar untuk suntikan COVID-19 hanya berjumlah 1.1 juta orang dan ianya masih rendah.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata jumlah tersebut hanya 41 peratus berbanding sasaran kerajaan sebanyak 2.9 juta individu.

“Kerajaan Johor menyasarkan sebanyak 70 peratus daripada rakyat negeri ini supaya mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin COVID-19, namun jumlahnya sehingga kini masih rendah.

HASNI

“Justeru, kerajaan Johor akan meningkatkan lagi program kesedaran bagi menggalakkan masyarakat di negeri ini mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

“Program ini, termasuk melancarkan gerakan sukarelawan yang akan bergerak dari rumah ke rumah, selain kerjasama antara jawatankuasa di peringkat negeri dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau program Pemberian Vaksin COVID-19 Fasa II Negeri Johor, di Dewan Muafakat Taman Adda di Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu.

Hasni berkata, seramai 4,000 individu membabitkan warga emas dan pesakit kronik yang mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19, bakal menerimanya bagi Fasa II Program Imunisasi COVID-19 Negeri Johor yang bermula hari ini.

“Seramai 2,000 individu dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 hari ini.

“Kerajaan Johor menyasarkan seramai 600,000 individu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa kedua ini,” katanya.

Katanya, sebanyak 21 pusat pemberian vaksin (PPV) akan digunakan bagi fasa kedua ini, membabitkan sembilan fasiliti kesihatan, manakala 12 bukan fasiliti kesihatan, seperti dewan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.