nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wakil calon DUN Asahan maut kemalangan

11 NOV : Wakil calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, J Samivel Jairas dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Jalan Nyalas, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Jabatan Pilihan Raya PH memaklumkan berita duka itu dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai kehilangan besar.

“Dengan rasa berat dan sedih yang mendalam kami ingin memaklumkan J.Samivel Jairas, Naib Ketua Cabang Alor Gajah telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di hadapan Bilik Gerakan Utama PH DUN Asahan. Mendiang juga adalah wakil calon kepada Denesh Palasubramaniam, calon PH bagi DUN tersebut.

“Dalam masa yang sukar ini, kami merakamkan ucapan takziah dan simpati yang setulus hati kepada keluarga tercinta,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sumbangan dan khidmat bakti mendiang, khususnya sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri kali ini, amat dihargai dan akan terus dikenang.

“Semoga roh beliau bersemadi dengan aman dan kenangan bersamanya kekal selamanya di hati kami,” menurut PH.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH mendoakan keluarga mendiang diberi kekuatan menghadapi ujian itu.

“Saudara Samivel telah lama berkhidmat dan bersetia dengan perjuangan. Moga jasa dan semangat beliau terus membimbing langkah kita dalam meneruskan perjuangan ini.

“Ingatan serta doa saya dan Azizah kini bersama keluarga mendiang serta sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian getir ini,” katanya.

Polis pula memaklumkan kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.