nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiga lokaliti di Raub dikenakan PKPD bermula raya pertama

11 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan selama 14 hari bermula Aidilfitri pertama di tiga perkampungan di Mukim Tras, Raub, Pahang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga kini, Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 17 kes positif COVID-19 daripada ujian saringan yang dilakukan ke atas penduduk di tiga perkampungan tersebut.

Katanya, KKM memaklumkan terdapat kes baharu dikesan di lokaliti itu, terutama di Kampung Baru Tras, membabitkan pekebun durian.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Baru Tras, Kampung Sungai Cheetang dan Kampung Sang Lee, Tras, Raub, Pahang, berkuat kuasa 13 Mei sehingga 26 Mei 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19 dan kontak rapat supaya dapat diasingkan secepat mungkin, sekali gus mengelakkan penularan jangkitan dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Mukim Pelagat, Besut, Terengganu turut akan dilaksanakan selama dua minggu, mulai lusa.

Pelaksanaan itu, katanya adalah disebabkan KKM merekodkan sebanyak 52 kes daripada 86 ujian saringan dijalankan ke atas penduduk lokaliti terbabit.

Jelasnya, KKM memaklumkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam masa seminggu dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di situ.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di RAKR Pelagat 3, Mukim Pelagat, Besut, Terengganu, berkuat kuasa 14 Mei sehingga 27 Mei 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM menjalankan saringan secara besar-besaran dalam kalangan penduduk dan menyekat penularan jangkitan kes COVID 19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti terbabit,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD turut akan dilaksanakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak.

Arahan itu dilaksanakan, katanya, selepas KKM merekodkan 91 kes positif daripada 547 ujian saringan dijalankannya ke atas penghuni maktab terbabit dan 226 ujian saringan masih menunggu keputusan selain berlaku peningkatan kes secara mendadak dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di MRSM Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak berkuat kuasa 13 Mei sehingga 26 Mei 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM menjalankan ujian saringan secara besar-besaran dalam kalangan penghuni dan menyekat penularan jangkitan kes COVID 19 ke luar lokaliti terbabit,” katanya.

Sementara itu, PKPD di lima penempatan sekitar Sungai Klau, Raub, Pahang yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan selama 14 hari.

Pelanjutan itu, katanya, selepas KKM menjalankan 331 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 11 kes positif direkodkan.

KKM, juga jelasnya, melaporkan masih berlaku penularan berterusan jangkitan di kawasan PKPD.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di lima penempatan sekitar Sungai Klau, Raub, Pahang bermula 13 Mei sehingga 26 Mei 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, seramai 475 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP), semalam dan daripada jumlah itu, seramai 454 individu dikompaun, manakala 21 direman.

“Kesalahan paling tinggi adalah gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis, iaitu sebanyak 223 individu.

“Tidak memakai pelitup muka pula merekodkan 115 kes, tiada penjarakan fizikal (63) dan lain-lain (74),” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.