nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Darurat Wajib Dilakukan Demi Banteras COVID-19

12 MEI: Perintah darurat dalam menangani penularan wabak pandemik COVID-19 wajib dilaksanakan kerajaan bagi menjaga nyawa dan kehidupan rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tujuan pelaksanaan itu bagi mengekang wabak yang mengancam masyarakat, keselamatan nyawa manusia, kehidupan, keluarga dan kegiatan harian dalam semua urusan.

Menurut beliau, perisytiharan darurat yang dilaksanakan hari ini merupakan satu tindakan proaktif dalam menangani keadaan wabak COVID-19 yang semakin gawat.

“Hari ini sudah ada negara yang menghadapi penularan wabak secara tidak terkawal, sehingga mengalami situasi kekurangan peralatan dan anggota barisan hadapan serta jumlah angka kes jangkitan yang meningkat.

“Maka kerajaan mengambil langkah yang pantas bermula daripada persediaan peralatan dan anggota yang mencukupi, termasuklah persediaan anggota sokongan yang perlu ditambah dan dilatih. 

“Peruntukan kewangan darurat juga wajib disediakan secukupnya khusus bagi menampung kos perbelanjaan untuk kegunaan barisan hadapan, anggota perubatan, keselamatan, keamanan dan segala agensi sokongan yang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Dalam pada itu, mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, perlindungan melalui undang-undang yang tegas terhadap pengacau tugas barisan hadapan pada masa darurat ini hendaklah digubal. 

Justeru itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan tindakan yang tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana pengacau yang boleh melemahkan semangat barisan hadapan.

“Pasukan barisan hadapan ialah golongan yang paling banyak mengorbankan diri, tenaga, masa dan meninggalkan keluarga serta paling terdedah kepada bahaya.

“Namun, mereka yang bertindak menjadi makhluk perosak, hanyalah mencari kesalahan untuk memprovokasi golongan bodoh dan lemah akal yang berkeliaran dalam masyarakat. 

“Golongan ini hendaklah diburu di mana sahaja tempat persembunyian mereka dan dari mana sahaja datangnya,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.