nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

31 NGO gesa kerajaan sokong gerakan BDS

17 MEI: Sebanyak 31 badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini, menggesa kerajaan menyokong gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) produk Israel di peringkat antarabangsa.

NGO itu turut menggesa kerajaan menerima pakai semua langkah digariskan gerakan berkenaan bagi menamatkan aparteid Israel.

Menurut kenyataan bersama NGO itu, kerajaan disaran mendesak masyarakat antarabangsa melakukan perkara sama.

“Negara aparteid Israel perlu disekat daripada menerima ‘oksigen’ penghormatan dan normalisasi yang sangat diingininya dengan negara lain.

“Keseluruhan pakej sekatan ekonomi dan pelucutan, selain pemulauan serta pengasingan budaya harus dikenakan masyarakat antarabangsa terhadap Israel.

“Hanya dengan tekanan sedemikian, Israel akan berbincang mengenai perdamaian sebenar dengan rakyat Palestin,” menurut kenyataan itu.

Antara NGO itu adalah Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia; Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM); Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM); Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) dan Pertubuhan Mawaddah Malaysia.

Kenyataan itu berkata, kerajaan perlu menyemak semula polisinya terhadap Israel agar sama dengan apa pernah Malaysia lakukan terhadap negara aparteid Afrika Selatan.

Salah satu konsekuensi logik daripada langkah terbabit, kata kenyataan itu adalah dengan menolak sebarang sokongan lanjut untuk penyelesaian dua negara.

“Israel sebagai entiti penjajah sudah semestinya akan didorong rasa terdesak untuk melakukan pembersihan etnik dan mengusir penduduk pribumi dari wilayah dikuasainya.

“Dalam memastikan usaha terbabit berjaya, Israel terbukti membelakangkan banyak undang-undang dan resolusi antarabangsa yang menuntut hak asasi rakyat Palestin dihormati,” menurut kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.