nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MACSA gesa kerajaan gubal undang-undang antitapisan

17 APRIL: Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat Malaysia (MACSA), menggesa kerajaan menggubal Undang-undang Menghalang Sekatan Penyebaran Perjuangan Palestin yang didakwa dilakukan syarikat gergasi media sosial dunia.

Gesaan itu dikeluarkan Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff Alias; Pengerusi Bersama MACSA, Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dan Pengerusi Yayasan MyAQSA, Suwardi Yaacob menerusi kenyataan bersama, hari ini.

Menurut kenyataan itu, MACSA memandang serius pelbagai aduan bahawa syarikat gergasi rangkaian media sosial, seperti Facebook, Twitter dan TikTok mengenakan sekatan secara tidak adil, diskriminasi serta sewenang-wenangnya terhadap berita yang menyentuh keadaan rakyat Palestin.

“Pelbagai dakwaan dikemukakan ramai pengguna bahawa syarikat ini menyekat kebebasan bersuara mereka dengan menghapuskan posting atau komen yang sah dan menutup akaun dengan sewenang-wenangnya tanpa memberi alasan serta melalui proses sewajarnya.

“Maka, tiba masanya syarikat rangkaian sosial ini dipertanggungjawabkan ke atas pencabulan kebebasan bersuara. 

“Rakyat Palestin sudah terlalu lama ditindas dengan kejam di bawah rejim Israel dan sebarang sekatan penyebaran berita serta hak bersuara mereka adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, kenyataan itu berkata, MACSA menyeru agar Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang menggubal ‘undang-undang antitapisan (anti-censorship) Perjuangan Palestin’ agar syarikat rangkaian sosial gergasi  berkenaan dipertanggungjawabkan dalam sebarang bentuk sekatan kebebasan bersuara.

MACSA, menurut kenyataan itu, mengakui syarikat terbabit mempunyai hak untuk menyekat ucapan kebencian, tetapi apa dimaksudkan dengan perkara berkenaan mestilah diperjelaskan.

“Sebarang sekatan bersuara mestilah dilaksanakan dengan adil dan telus dan bukan sewenang-wenang seperti dilakukan sekarang.

“Mana-mana syarikat rangkaian sosial gergasi yang melanggar undang-undang ini hendaklah dikenakan denda setimpal,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.