nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MEF Sambut Baik Kerajaan Tidak Laksana PKP Penuh

22 MEI: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) memuji keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak melaksanakan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 secara penuh, seperti dilakukan pada Mac tahun lalu.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata keputusan ini akan membolehkan perniagaan yang lama terjejas terus menuju pemulihan.

Beliau berkata, majikan sektor swasta lega kerana kerajaan hanya memutuskan untuk mengenakan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat terhadap sektor ekonomi dan sosial di kawasan terjejas COVID-19 daripada menguatkuasakan sekatan penuh di seluruh negara semasa PKP 3.0.

“Kita mesti membuat kesimpulan bahawa COVID-19 akan kekal dalam komuniti untuk sementara waktu. Majikan sektor swasta menggesa kerajaan untuk memastikan keseimbangan antara kehidupan dan mata pencarian menjelang pengumuman SOP baharu.

DR SYED HUSSAIN

“Kita harus belajar bagaimana menanganinya dengan berkesan, seperti menggalakkan program imunisasi, menerapkan SOP lebih ketat dan menyekat pergerakan. 

“Peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 membangkitkan keprihatinan serius dan kerajaan telah memutuskan dengan bijaksana dalam hal mengatasi keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan menyelamatkan mata pencarian, “katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Semalam, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebulat suara bersetuju mengetatkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat di negara ini.

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan, memaklumkan sidang khas dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, turut memutuskan supaya sekatan lebih ketat dikenakan ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Dalam pada itu, Syed Hussain memaklumkan menjadi tanggungjawab rakyat untuk mengikut SOP ditetapkan kerajaan dan perlu menyedari bahawa beban untuk mengawal penularan ada pada diri sendiri dan bukan hanya kerajaan. 

“Oleh itu, kita mesti berdisiplin dan mengubah tingkah laku, sikap dan amalan kita untuk mengikuti SOP. Sangat mudah untuk memberi komen dan kritikan, tetapi mengawal penularan Covid-19 adalah masalah tingkah laku.

“Jika kita semua melakukan yang terbaik, kita akan berjaya dalam mengurangkan penularan Covid-19, tidak kira bagaimana sukar dan selebihnya kita serahkan kepada pasukan perubatan.

“MEF menasihati semua majikan dan pekerja bahawa langkah ini mungkin bukan yang terbaik untuk mengawal penularan Covid-19 tetapi mereka tidak mempunyai pilihan, berdasarkan kesan kewangan dari sekatan penuh.”katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.