nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kapasiti Dua PKRC di Johor Sudah Melebihi 70 Peratus

24 MEI : Dua Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 (PKRC) di Johor sudah mencapai lebih 70 peratus kapasiti penggunaan susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, ia membabitkan PKRC awam di Stadium Tertutup Pasir Gudang dengan 1,043 katil dan PKRC swasta pula di DB Kompleks Iskandar Puteri, yang mempunyai 395 katil.

Menurut beliau, kedua-dua PKRC itu berfungsi sebagai pusat rawatan dan kuarantin bagi pesakit positif Covid-19 kategori 1 dan 2 iaitu tanpa gejala atau dengan gejala ringan.

“Kesemua pesakit ini menerima rujukan daripada semua Covid Assessment Centres (CAC) daerah dan Pengamal Perubatan swasta. Sehingga hari ini, kapasiti penggunaan di kedua- dua PKRC ini telah melebihi 70 peratus. 

“Di Johor, terdapat 11 CAC dan sehingga 22 Mei lalu, sebanyak 167,186 kedatangan direkodkan, dengan 45,890 adalah kes positif; 89,360 adalah kontak rapat dan 31,936 kategori lain-lain seperti saringan sebelum ke Sabah dan Sarawak.

“Bagi program pemberian vaksin Covid-19 pula, sehingga semalam, sebanyak 71,623 petugas barisan hadapan bagi fasa pertama diberi dos pertama dan 67,024 orang sudah melengkap dos kedua,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Vidyananthan memberitahu, sejumlah 52,352 penerima vaksin fasa kedua sudah menerima dos pertama sehingga kelmarin. 

Beliau berkata, ini membabitkan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan berpenyakit, yang mana 2,133 daripada mereka sudah melengkapkan dos kedua.

“Johor merekodkan 549 kes baharu setakat semalam, yang menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 53,963.

“Sebanyak 49,279 kes sudah pulih, 4,474 kes aktif dan sedang menerima rawatan, manakala kumulatif kematian 210 kes,” katanya. 

Sementara itu, menyentuh mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Johor pula, beliau memaklumkan sebanyak 1,076 orang telah disaring. 

“Hasil saringan itu, kita berjaya mengesan 119 kes positif di Felda Kahang Timur manakala di UTM sebanyak 1,226 orang telah disaring dengan 55 kes positif dikesan setakat ini, “katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.