nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SJR di Kuala Lumpur, Putrajaya diperketatkan mulai esok

24 MEI: Polis akan memperketatkan lagi pemeriksaan di 13 sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang lebih ketat mulai esok.

Antara SJR berkenaan termasuklah di Jalan Sentul Pasar, di hadapan Balai Polis Kepong, Lebuhraya Persekutuan hala ke ibu negara, Jalan Klang Lama, Jalan 2/27A Wangsa Melawati dan Jalan 1/91 Taman Shamelin Perkasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata setakat ini, sekatan itu tidak akan ditambah berikutan pelaksanaan berkenaan.

“Jumlah sekatan jalan raya kekal sembilan lokasi di Kuala Lumpur dan empat lokasi di Putrajaya, namun kami akan melakukan pemeriksaan teliti di setiap sekatan itu selaras arahan baharu memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) PKP.

“Sebelum ini, kami ada memberi kelonggaran dan pemeriksaan mungkin tidak begitu ketat, tetapi kali ini pemeriksaan akan dilakukan dengan teliti termasuk memastikan individu diperiksa mempunyai surat kebenaran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Jumaat lalu, kerajaan dilaporkan mengumumkan keputusan mengetatkan SOP PKP dengan kebanyakan aktiviti perniagaan hanya dibenarkan daripada jam 8 pagi hingga 8 malam saja mulai esok, selain pemeriksaan sekatan jalan raya lebih ketat selepas jam 8 malam.

Mengulas dua lokasi di Kuala Lumpur iaitu Kampung Batu Muda Tambahan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau dekat Lembah Pantai dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Azmi berkata, pihaknya akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) daripada aspek keselamatan.

“Polis juga akan bantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung isu agihan keperluan makanan kepada penduduk.

“Kami berharap warga Kuala Lumpur mengambil berat pematuhan SOP supaya tiada lagi kawasan dalam ibu negara dikenakan PKPD,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata, pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan kes rogol dikaitkan dengan rakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu ini.

“Kita sudah panggil ramai saksi untuk direkod keterangan berhubung kes ini.

“Polis berharap kertas siasatan kes itu dapat dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita membuat laporan polis pada 7 Disember tahun lalu, mendakwa dirogol seorang rakan ADUN.

Bertindak atas laporan itu, polis menahan dua suspek disyaki terbabit kejadian itu pada keesokannya, namun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.