nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keputusan laksana ‘lockdown’ langkah tepat – Wan Saiful

7 JUN: Pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung penurunan kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt, semalam dan pengurangan mendadak kes baharu COVID-19 hari ini, menunjukkan bahawa keputusan kerajaan melaksanakan ‘lockdown’ ketat adalah tepat dalam mengurangkan kes pandemik terbabit.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata keputusan ‘lockdown’ ketat atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh itu juga mula menunjukkan hasil diingini, iaitu melandaikan lekuk COVID-19 hanya dalam masa beberapa hari sahaja.

“Saya amat bersyukur mendengar pengumuman KKM bahawa kadar Ro/Rt COVID-19 pada 6 Jun 2021 turun ke 0.99 dan hari ini pula, kita mendengar bahawa bilangan kes baharu turun ke 5,271 kes.

WAN SAIFUL

“Saya juga tertarik dengan data “SEIR Model” bilangan kes sebenar berbanding bilangan kes jangkaan lebih tinggi jika tiada pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP), seperti dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Nor Hisham kelmarin,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kerajaan ketika ini melaksanakan PKP penuh selama 14 hari, bermula 1 Jun lalu, bagi mengurangkan kes baharu COVID-19 dan melandaikan lekuk kes pandemik terbabit, selain membendung penularan jangkitannya yang semakin membimbangkan.

Langkah kerajaan melaksanakan PKP penuh itu dibuat selepas negara merekodkan sebanyak 9,020 kes pada 29 Mei lalu, iaitu angka tertinggi dicatatkan sejak pandemik terbabit melanda negara lebih setahun lalu.

Selepas tujuh hari dilaksanakan, kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan 5,271 kes dan menunjukkan penurunan ketara berbanding semalam yang mencatatkan 6,241 kes baharu.

Wan Saiful berkata, penurunan itu sekali gus menafikan segala tuduhan dilemparkan pihak tertentu seolah-olah kerajaan tidak mempunyai perancangan terperinci dalam menguruskan masalah kesihatan terbabit dan kini, realitinya, masyarakat sudah mula melihat hasil positif daripada tindakan dilaksanakan.

“Walaupun ada pihak tak habis-habis merungut untuk meraih kepentingan politik peribadi, data menunjukkan bahawa kita berada di jalan yang betul dan kita boleh berjaya jika kita terus mematuhi segala nasihat dikeluarkan kerajaan.

“Biarlah “kluster merungut” terus merungut kerana mereka memang mahu mencari perhatian untuk diri mereka dan buat apa sekalipun, kluster merungut ini akan sentiasa mencari jalan merungut,” katanya.

Justeru, Wan Saiful menyeru semua pihak, tidak kira rakyat biasa atau mereka yang berpangkat untuk bersungguh-sungguh mematuhi SOP ditetapkan.

“Apa yang penting kita jaga kita dan jaga saudara-mara serta jiran-jiran kita supaya kita semua akan menyumbang dalam perang melawan COVID-19 ini. 

“Kerajaan sedang berusaha sehabis baik dalam mengeluarkan SOP dan menguatkuasakannya, jadi mari kita sokong usaha ini demi kesihatan kita serta keluarga kita sendiri,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.