nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Darurat tamat: Jawatankuasa Khas Bebas Darurat nasihati Agong

13 JUN: Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 berkuasa memberikan pandangan dan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong termasuk tarikh sesuai untuk kerajaan menamatkan pelaksanaan darurat.

Pakar perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata  Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, menyebut “maka hendaklah diwujudkan suatu jawatankuasa khas bebas untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan, berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).

Beliau berkata seksyen berkenaan secara jelas memberi peranan kepada jawatankuasa berkenaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong berkaitan tempoh darurat.

“Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ini penting bagi memastikan Darurat 2021 benar-benar dilaksanakan sesuai dengan maksudnya iaitu untuk menangani wabak COVID-19.

“Penilaian yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Bebas perlulah berteraskan kepada fakta dan data secara jujur, komprehensif dan telus oleh pihak-pihak yang berkelayakan dari segi kepakaran dan pengalaman serta mewakili semua pihak secara seimbang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

muhammad fathi yusof
DR MUHAMMAD FATHI

Semalam, Takiyuddin dalam satu kenyataan dilaporkan berkata persoalan mengenai sama ada darurat yang akan tamat 1 Ogos depan akan diteruskan atau tidak adalah atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan ia tidak seharusnya ditimbulkan.

Beliau dilaporkan berkata menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri untuk terus menasihati Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat.

Mengulas lanjut, Fathi berkata penglibatan anggota yang mempunyai pelbagai latar belakang termasuk wakil-wakil pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan menggambarkan konsep keseimbangan, ketelusan dan keterbukaan itu.

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan juga berperanan sebagai salah satu elemen ‘semak dan imbang’ memandangkan kuasa darurat itu sendiri memberikan kuasa yang amat luas kepada pemerintah.

Katanya, kewujudan jawatankuasa ini dapat mengurangkan risiko salah guna kuasa kerajaan menjadikan Proklamasi Darurat sebagai alat politik untuk mengekalkan kuasa.

“Jawatankuasa ini bukanlah badan eksekutif dan bukan juga badan legislatif, tetapi ia adalah badan khusus yang ditubuhkan melalui Ordinan Darurat berpaksikan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Ia tidak terletak di bawah Jemaah Menteri atau Perdana Menteri, tetapi ia berdiri sendiri dan bertanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan nasihat yang terbaik, jujur dan tepat.

“Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara, yang turut memiliki beberapa kuasa budibicara khusus dalam Perlembagaan Persekutuan, mempunyai peranan yang jelas untuk memastikan Jawatankuasa Khas Bebas memberikan nasihat yang berwibawa sesuai dengan ketinggian martabat Baginda sebagai payung utama rakyat.

“Oleh yang demikian, Jawatankuasa Khas Bebas perlu diberikan kebebasan dan kemudahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasnya termasuklah untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakyat agar nasihat yang diberikan benar-benar selari dengan kehendak rakyat dan keperluan sebenar negara demi menghadapi wabak COVID-19.

“Kabinet dan Perdana Menteri tetap mempunyai kuasa umum di bawah Perlembagaan dan di bawah kedudukannya sebagai badan eksekutif dalam tempoh darurat sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 11(a) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, tetapi peranan khusus untuk menentukan tempoh darurat terletak pada  Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Jawatankuasa Khas Bebas,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.