nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekstrak Air Bawah Tanah Bukan Pilihan Terbaik-PBAPP

14 JUN: Pengekstrakan air bawah tanah dilihat bukanlah pilihan yang terbaik atau selamat untuk digunakan rakyat di negeri Pulau Pinang berikutan faktor sosiogeografi dan risiko yang tinggi.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa menegaskan kaedah tersebut tidak mewakili penyelesaian jangka panjang yang rasional bagi bekalan air di negeri ini atas beberapa faktor lain.

Menurut beliau, kaedah itu dijangka akan menyebabkan ‘penurunan tanah’ atau tanah tenggelam, dan dalam masa sama, aspek negatif itu sudah diteliti serta didokumentasikan secara saintifik di seluruh dunia.

“Potensi jumlah air bawah tanah yang ada juga rendah kerana keluasan geografi Pulau Pinang yang kecil meliputi kawasan tanah 1,048 kilometer (km) persegi. Perlu diingatkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang maju dengan kepadatan penduduk dan banyak bangunan tinggi.

“Ia menyebabkan potensi kerosakan akibat penurunan tanah yang mungkin menjadi bencana di kawasan bandar dan banjir, iaitu antara kesan semula jadi eksploitasi berleluasa air bawah tanah,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Jaseni memaklumkan pengekstrakan air bawah tanah adalah satu langkah penyelesaian bekalan air yang tidak sesuai di samping mempunyai risiko lebih tinggi berbanding hasil lebih rendah (potensi) diaebabkan keadaan dan persekitaran sosioekonomi yang berbeza.

“Inilah antara sebab air bawah tanah tidak diterokai di Pulau Pinang sejak sistem bekalan air mudah pertama beroperasi di negeri ini pada 1805.

“Dari sudut bekalan, air bawah tanah harus dianggap sebagai air mentah, dengan mempertimbangkan keselamatan dan kesihatan awam.

“Sehubungan itu, air bawah tanah harus diuji terlebih dahulu, dirawat dengan betul dan diuji semula supaya selamat sebelum disalurkan kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Jaseni berkata, bagi mencapai keselamatan bekalan air jangka panjang hingga 2050, PBAPP berhasrat untuk terus mengeluarkan air mentah dari Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang di Pulau Pinang dan menghasilkan air terawat kepada penduduk negeri ini pada kos berpatutan.

Beliau juga memberitahu pihaknya mahu menubuhkan Lembaga Lembangan Ulu Muda bagi melindungi dan menguruskan bekalan air kepada 4.2 juta rakyat di Perlis, Kedah serta Pulau Pinang.

“Kita juga mahu merealisasikan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak bagi menerokai sumber air mentah yang kedua.

“Mengekstrak air mentah terus dari Sungai Muda di wilayah Pulau Pinang adalah percuma dan ‘mengimport’ air mentah dari Perak adalah langkah penyelesaian air mentah lain paling efektif bagi Pulau Pinang.

“PBAPP juga berhasrat menjalankan Pelaksanaan Fasa 1 Skim Penyahgaraman Bekalan Air Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan air pada musim kemarau ketika paras air sungai mencecah tahap luar biasa rendah,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.