nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan bakal terima 12 juta dos vaksin Sinovac bulan depan

16 JUN: Kerajaan Persekutuan bakal terima 12 juta dos vaksin Sinovac daripada Pharmaniaga Bhd pada bulan depan yang mencukupi untuk diberikan kepada kira-kira 18 peratus populasi penduduk Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Zulkarnain Md Eusope, berkata vaksin itu diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan pengiktirafan itu mendorong keyakinan dalam perjuangan untuk memerangi pandemik.

“Kami optimis ke atas unjuran kumpulan pada tahun ini dan berharap prestasi tahun kewangan 2021 yang lebih baik dengan peningkatan berterusan bekalan vaksin Sinovac.

“Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan China baru-baru ini memberikan kelulusan segera kepada vaksin COVID-19 Sinovac untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun dan penghasilan dua dos untuk setiap botol sebelum menyerahkannya kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk proses variasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena mesyuarat agung tahunan ke-23 dan mesyuarat agung luar biasa kumpulan itu yang dijalankan secara penstriman langsung hari ini.

Mengulas lanjut,  Zulkarnain, berkata Pharmaniaga akan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada NPRA untuk proses kelulusan kelak.

Katanya, selepas menerima kelulusan daripada NPRA, syarikat itu boleh meningkatkan kapasitinya daripada dua juta kepada empat juta dos sebulan.

Sebagai sebahagian daripada rancangan kemampanan jangka panjang syarikat, Zulkarnain berkata kumpulan itu berhasrat mempercepatkan pertumbuhan perniagaan pembuatan vaksin halalnya.

“Rancangan kami untuk mewujudkan kemudahan vaksin halal yang pertama di dunia mencatatkan perkembangan yang lancar dengan bekerjasama rapat bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Halal Development Corp Bhd.

“Projek vaksin halal telah dipilih sebagai inisiatif peneraju untuk dasar ini dan untuk tujuan pembangunan insentif,” katanya.

Zulkarnain berkata kemudahan halal itu disasarkan mula beroperasi pada 2024 di samping mewujudkan aliran pendapatan baharu kepada kumpulan syarikat terbabit.

Beliau berkata inisiatif itu akan memberikan pelbagai faedah limpahan positif termasuk meningkatkan persediaan pandemik negara bagi membina rantaian bekalan vaksin yang mampan.

Katanya, kumpulan itu menyasarkan untuk memberi peluang meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan dan menambah akses terhadap vaksin mampu milik di pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Langkah ini seterusnya akan menempatkan Malaysia sebagai pengeluar vaksin global,” katanya.

Untuk rekod Boustead Holdings Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera masing-masing memegang 55.93 peratus dan 11.23 peratus kepentingan dalam Pharmaniaga

Get real time updates directly on you device, subscribe now.