nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia tidak kompromi isu babitkan keselamatan, kedaulatan

18 JUN: “Saya tidak akan berkompromi dalam isu yang membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara,” tegas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketegasan itu dinyatakan beliau ketika mengetuai Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) Ke-15 dan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Ke-8 (ADMM-Plus), baru-baru ini.

Mesyuarat dihoskan Brunei itu diadakan secara maya dan dihadiri Menteri Pertahanan dan wakil negara anggota ASEAN, selain rakan dialog PLUS, iaitu Malaysia, Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Republik Korea, Rusia serta Amerika Syarikat.

Ismail Sabri berkata, pada acara itu, Malaysia turut membangkitkan isu ketegangan di Laut China Selatan.

“Malaysia mahu supaya semua pihak mengambil pendekatan sederhana di LCS dan mengamalkan sikap saling menghormati.

“Malaysia menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya menerusi ciapan status di Twitternya, hari ini.

Mesyuarat itu yang diadakan setiap tahun adalah bagi membolehkan Menteri Pertahanan dan wakil negara bertemu, membahaskan dan melaksanakan usaha memperkukuhkan kerjasama pertahanan di kawasan masing-masing.

Usaha itu juga adalah bagi meningkatkan ketelusan, keterbukaan dan saling mempercayai antara negara anggota ASEAN. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.