nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPM perlu utamakan guru baharu program ijazah UA

21 JUN: Kementerian Pendidikan (KPM) diharap dapat menyediakan penempatan guru baharu kepada graduan Ijazah Pendidikan atau Ijazah Dengan Pendidikan daripada 13 universiti awam (UA) yang memiliki pakej lengkap sebagai pendidik.

Prof Madya dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Ridzwan Che’ Rus, berkata meskipun pihaknya menyambut baik hasrat KPM melaksanakan pengambilan khas seramai 18,702 guru secara ‘one-off’ dalam tempoh terdekat, pengumuman itu sedikit mengecewakan apabila graduan bukan pendidikan juga diambil walaupun terdapat ribuan graduan pendidikan UA.

“Bagi maklumat Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, graduan bidang pengajian pendidikan di UA tempatan, termasuk di UPSI yang dikenali sebagai universiti nombor satu pendidikan, sudah dilatih berdasarkan Objektif Pendidikan Program, Hasil Pembelajaran Program dan Hasil Pembelajaran Kursus berdasarkan Standard Pendidikan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selama empat tahun.

“Graduan pendidikan ini ditapis menggunakan Malaysia Educators Selection Inventory (MEdSI) dan kemudian ditemuduga untuk menjadi seorang calon Program Ijazah Pendidikan UA,” katanya menerusi surat terbuka kepada Menteri Pendidikan. 

Ridzwan berkata, graduan itu juga kemudian melalui 30 kredit kursus Profesional Pendidikan, 21 kredit Kursus Umum Universiti dan 58 sehingga 62 kursus major program.

Mereka juga, katanya, melalui 21 kredit kursus minor, sembilan kredit kursus elektif bebas dan 10 kredit Latihan Mengajar, merangkumi Program Perantis Guru dan Latihan Mengajar sebelum menggenggam segulung ijazah.

Jelasnya, walaupun terdapat sedikit perbezaan kurikulum di antara UA awam berkenaan, kesemua graduan bidang itu mempunyai minat, pengetahuan, kemahiran dan sikap profesionalisme tinggi sebagai pendidik, selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. 

“Graduan pendidikan di UA ini menguasai segala aspek kurikulum Abad ke-21, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan elemen di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini.

“Dengan semua pengetahuan, kemahiran dan sikap diperlukan sebagai seorang pendidik, mereka juga mempunyai kompetensi teknologi, pedagogi, pengetahuan serta isi kandungan berkaitan mata pelajaran mereka di sekolah yang membabitkan major dan minor,” katanya.

Beliau berkata, walaupun negara diuji dengan COVID-19 dan revolusi industri yang memerlukan pengalaman industri bagi melahirkan murid yang mempunyai aspirasi, seperti dihasratkan di dalam PPPM, pihaknya percaya dengan segala kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dimiliki, graduan pendidikan UA itu akan mampu terus meningkatkan kemahiran mereka, khususnya berkaitan praktis di industri. 

“Kami percaya dengan kebijaksanaan Menteri Kanan Pendidikan, beliau dapat memastikan bakat terbaik sahaja menjadi pendidik kepada generasi baharu Malaysia.

“Dengan segala kompetensi yang ada pada graduan pendidikan di Malaysia, kami percaya mereka akan membantu membentuk Generasi Baharu Negara Malaysia untuk bangkit semula menjadi Harimau Asia, sekali gus sistem pendidikan di negara ini terus cemerlang,” katanya.

Menerusi laporan portal ini, Radzi semalam, mengumumkan KPM akan membuat pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan dan kekurangan golongan pendidik itu yang dihadapi di seluruh negara, terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

Katanya, pengambilan itu membabitkan seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 dalam kalangan graduan Institusi Pendidikan Guru (IPG), selain graduan bukan ikhtisas pendidikan untuk menjadi guru dengan menilai latar belakang pendidikan calon pendidik terbabit. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.