nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Indonesia Bincang Isu Pembantu Rumah Selepas SPP

24 JUN: Isu pembantu rumah asing antara Malaysia dan Indonesia akan dibincangkan semula selepas sekatan pergerakan penuh (SPP) di negara jiran itu, tamat minggu depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata pihaknya mengambil maklum dan prihatin dengan bebanan ditanggung majikan tempatan, terutama apabila tiada kemasukan pembantu rumah warga asing ketika COVID-19.

Katanya, pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) sudah mengadakan perbincangan secara dalam talian bersama Menteri Tenaga Kerja Republik Indonesia, Ida Fauziyah pada 6 Mei lalu, mengenai perkara itu.

“Perbincangan bersama wakil kerajaan Indonesia terbabit bagi memulakan rundingan semula dalam memuktamadkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Pengambilan dan Penempatan Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI) dengan segera.

“Dalam perbincangan ini, kedua-dua pihak bersetuju memulakan rundingan mengenai MoU itu di peringkat pegawai kanan kedua-dua kementerian terbabit,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia pada 4 dan 5 Februari lalu, mencapai persetujuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk mempercepatkan pemeteraian MoU PDI Protokol MoU yang tamat pada 30 Mei 2016.

Selain itu, Saravanan berkata, KSM sudah memaklumkan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara dalam talian, bagaimanapun rundingan berkenaan tertangguh susulan pelaksanaan SPP di Jakarta, bermula pada 15 Jun hingga 28 Jun.

Jelasnya, penangguhan itu juga disebabkan terdapat beberapa kes positif COVID-19 membabitkan pegawai di Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia.

“Perbincangan akan dimulakan segera sebaik tempoh SPP di Indonesia tamat dan pegawai Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia kembali bertugas.

“Isu pembantu rumah warga asing ini timbul berikutan tiadanya kemasukan pekerja warga asing baharu ke negara ini dari negara sumber susulan pelaksanaan PKP, mulai 18 Mac tahun lalu,” katanya.

Pada masa sama, Saravanan berkata, KSM berterima kasih kepada Perdana Menteri yang memahami keperluan majikan di Malaysia untuk menggajikan khidmat pembantu rumah warga asing.

Sebilangan besar pembantu rumah warga asing di Malaysia, katanya, terdiri daripada warga Indonesia dan sehingga 28 Februari 2021 terdapat seramai 73,173 pembantu rumah warga dari negara itu di negara ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.