nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan akan ambil tindakan tegas tangani isu LGBT

24 JUN: Kerajaan akan mengambil beberapa tindakan tegas dalam tempoh terdekat bagi menangani isu penghinaan agama serta promosi gaya hidup Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) secara terbuka di media sosial, termasuk meminda akta berkaitan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata keputusan berhubung tindakan itu dibuat pada Mesyuarat Khas Task Force Menangani Isu LGBT yang dipengerusikannya, hari ini.

Katanya, tindakan itu juga bagi menunjukkan komitmen penuh kerajaan dalam menangani masalah sosial terbabit.

“Tindakan akan diambil ini termasuk mengenalpasti masalah dan kekangan dihadapi pihak penguatkuasa dalam melaksanakan tugasan bersepadu.

“Anggota mesyuarat juga mencadangkan pindaan kepada Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) dan undang-undang tatacara jenayah syariah di negeri-negeri, bertujuan membolehkan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan terhadap mana-mana orang Islam yang menghina agama Islam, selain melakukan kesalahan jenayah syariah lain dengan menggunakan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi.

“Selain itu, menghasilkan satu standard operating procedure (SOP) atau garis panduan bertulis secara komprehensif dan menyeluruh mengenai tatacara mengendalikan aduan bagi kesalahan berkaitan penghinaan agama serta promosi gaya hidup LGBT,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mesyuarat Khas Task Force Menangani Isu LGBT yang diurusetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu turut membabitkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Task Force Menangani Isu LGBT diwujudkan selari Pelan Tindakan Sosial Islam yang dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Ahmad Marzuk berkata, mesyuarat khas itu diadakan bagi membincangkan secara khusus berkenaan penguatkuasaan undang-undang terhadap perbuatan menghina agama melalui promosi gaya hidup LGBT di media sosial.

“Sebagaimana kita sedia maklum, bulan Jun dianggap sebagai Gay Pride Month di mana gerakan LGBT di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, sedang mempromosi gaya hidup mereka secara terbuka, sama ada melalui perarakan atau media massa, termasuk media sosial.

“Justeru, kita mendapati ada pihak tertentu memuat naik status dan grafik yang menghina agama Islam di media sosial tertentu dalam usaha mereka mempromosi gaya hidup LGBT.

“Di media sosial tertentu misalnya, tiada tapisan langsung terhadap kandungan video berkaitan hubungan sejenis yang giat disebarkan,” katanya.

Beliau berkata, pengantunan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur yang didakwa dilakukan seorang transgender di media sosialnya yang berkemungkinan boleh menjurus kepada perlakuan pedofilia, tidak pula diperjuangkan kumpulan aktivis LGBT.

“Ini menunjukkan betapa mereka bersikap double standard (pilih kasih) kerana hanya memperjuangkan isu secara terpilih yang menguntungkan pihak mereka,” katanya. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.