nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Russia beri amaran lancar serangan bom terhadap kapal perang Britain di Laut Hitam

25 JUN : Perwakilan Russia, Konstantin Gavrilov  memberi amaran negara tersebut mungkin melancarkan serangan bom terhadap kapal perang Britain, sekiranya tentera laut negara itu melakukan tindakan provokasi lanjut di Laut Hitam.

Perkara itu ditegaskan  Russia ketika perbincangan di Vienna semalam berhubung kawalan senjata dan keselamatan ketenteraan.

Menteri Pertahanan United Kingdom (UK), Ben Wallace sebelum itu, mengulangi dakwaan bahawa HMS Defender melakukan ‘pelayaran biasa’ melalui perairan Ukraine berhampiran Crimea, Rabu lalu, ketika bot bersenjata dan pesawat pengebom Russia dikerah menghalau kapal perang itu.

Kementerian Pertahanan Russia memaklumkan bahawa pesawatnya menjatuhkan empat bom di laluan kapal perang Britain berkenaan.

Sputnik melaporkan Gavrilov sebagai berkata, beliau berang dengan dakwaan tentera UK itu.

“Bom seterusnya – jika kami memutuskan untuk berbuat sedemikian – akan dijatuhkan ke sasaran dan bukan di laluan kapal,” katanya.

Russia mendakwa bahawa kapal perang Britain itu belayar memasuki perairan negara berkenaan hingga sejauh tiga kilometer, berhampiran pangkalan tentera laut dekat Sevastopol, sekali gus menyebabkan pihaknya terpaksa melepaskan tembakan amaran.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan UK mendakwa tembakan dilepaskan Russia itu adalah sebahagian daripada latihan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.