nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syed Saddiq jangan buat fitnah untuk kejar populariti

25 JUN: Dakwaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa kerajaan mahu menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) disifatkan sebagai tuduhan fitnah.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dimiliki kerajaan masih mempunyai pajakan selama 60 tahun, iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah LTSAAS, seperti ditegaskan Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini.

“Saya terkejut bila menerima satu video Syed Saddiq menuduh ‘kerajaan nak jual Subang Airport sampai tahun 2092 kepada tauke bilionaire melalui direct nego (perundingan secara langsung)’.

“Kemudian dalam video lain, Syed Saddiq secara spesifik menuduh kerajaan ‘masih ingin menerima cadangan yang diketengahkan tauke WCT Holdings Bhd (WCT)’. 

“Subang Airport (LTSAAS) dimiliki kerajaan Malaysia seperti banyak lapangan terbang lain dalam negara.

“Tidak pernah ada satu pengumuman pun dibuat mengatakan bahawa kerajaan ‘nak jual Subang Airport sampai tahun 2092’ seperti dituduh Syed Saddiq, malah hari ini kerajaan sudah umumkan dengan jelas bahawa tiada rancangan menjual hartanah Subang Airport,” katanya menerusi kenyataan dimuatnaik di Facebook, hari ini.

Justeru, Wan Saiful menuntut supaya Syed Saddiq membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik Perdana Menteri.

“Saddiq dah belajar memfitnah dan berbohong, menuduh kerajaan mahu menjual Subang Airport kepada tauke WCT.

“Saya tuntut Saddiq minta maaf secara terbuka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin  kerana video tersebut mencemar nama baik Perdana Menteri dan semua dicision maker (pembuat keputusan) dalam hal ini. Kalau tak ada bukti, minta maaf dan jangan ulangi fitnah ini. 

“Syed Saddiq nak cari populariti boleh. Saya tahu beliau memang pandai dalam teknik populis. Tapi janganlah membawa fitnah. Politik baharu mesti bebas fitnah,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, adakala beliau terfikir bukan perkara pelik jika kerajaan menerima banyak cadangan mengenai LTSAAS, termasuk daripada pengurusan MAHB sendiri, memandangkan perkara itu adalah situasi biasa.

“Tapi nampaknya Syed Saddiq fokus hanya lawan satu proposal (cadangan) spesifik saja. Yang lain-lain dia tak komen langsung.

“Ada deal (bersepakat) dengan sesiapakah hingga sanggup berbohong dakwa kerajaan nak jual (LTSAAS) kepada WCT atau adakah ini menunjukkan Syed Saddiq tak kompeten dalam menilai maklumat?,” katanya.

Semalam, Syed Saddiq menerusi media sosialnya didakwa menyelar tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk cuba menjual atau memajak LTSAAS.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, kerajaan tidak boleh terlalu mudah untuk menjual aset berkenaan memandangkan pemilikan lapangan terbang terbabit adalah di bawah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Manakala, menerusi kenyataannya hari ini, Kementerian Kewangan, menegaskan MAHB masih memiliki pajakan selama 60 tahun, iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah di mana terletaknya LTSAAS, malah kerajaan tiada perancangan untuk menjual mana-mana hartanah lapangan terbang di Malaysia kepada mana-mana pihak.

Kementerian itu menyatakan, hartanah lapangan terbang adalah dianggap sebagai aset strategik kerajaan. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.