nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tujuh Lokaliti Ditamatkan, Tujuh Lagi Dikenakan PKPD

26 JUN: Sebanyak tujuh lokaliti di Negeri Sabah dan Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin ini berikutan terdapat peningkatan kes di kawasan tersebut. 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, lima daripadanya terletak di Sabah iaitu Penjara Kepayan, Kota Kinabalu; Kilang Sawit Bell termasuk perumahan kilang di Kinabatangan; Kampung Tuunon, Penampang; Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat dan Kampung Jawi-Jawi di Kota Belut.

“Dua lagi lokaliti yang akan dilaksanakan PKPD adalah di Pahang iaitu di Tringkap, Cameron Highlands dan kawasan sekitar bandar Jerantut dan kesemua PKPD akan bermula pada mulai 28 Jun sehingga 11 Julai depan.

“Pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM menjalan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPD, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di enam lokaliti di Negeri Sabah dan satu kawasan Kampung Raja, Pahang seperti yang telah dijadualkan.

Menurut beliau, bagi PKPD yang akan ditamatkan di Sabah adalah Kampung Indah, Nabawan; Kampung Manggis, Kuala Penyu; Kampung Baru SFI, Sipitang; Taman Kinabutan Ria serta Simpang Inderasabah di Tawau; dan Kampung Sundang Laut di Sandakan. 

“Kesemua kluster ini ditamatkan berikutan kes telah menurun di samping kluster adalah terkawal di samping semua kes positif telah menerima rawatan. 

“Kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Tawadakan dan Kampung Kota Bungan di Kota Belut bermula 28 Jun sehingga 11 Julai berikutan masih terdapat penularan di kalangan komuniti dan terdapat kes baharu direkodkan di kawasan tersebut,” katanya. 

Mengulas mengenai task force pematuhan, Ismail Sabri menegaskan sebanyak 2,224 pemeriksaan ke atas kilang dan 11,680 premis perniagaan dan daripada jumlah itu, lima kilang dan 10 premis telah diarahkan tutup selain 12 tangkapan telah direkodkan kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP) .

“Seperti yang diumumkan beberapa hari lepas, Kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.

“Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 95,539 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota sebanyak 20,071,” katanya. 

Sementara itu, beliau berkata seramai 735 telah ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3. 0, semalam dan daripada keseluruhan tangkapan, seramai 705 individu dikompaun manakala 30 orang telah direman . 

“Kesalahan tertinggi direkodkan ialah rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran serta makan di premis sebanyak 153 kes dan individu gagal merekod butiran diri daftar masuk premis sebanyak 149 kes. 

“Kesalahan lain adalah tidak memakai pelitup muka (143), tiada penjarakan fizikal (130), membawa penumpang berlebihan (50), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (41), aktiviti pusat hiburan (10), premis gagal patuhi arahan (8) dan lain-lain (51),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.