nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan perlu tangani status kontrak doktor muda

27 JUN: Kerajaan digesa menangani isu status kontrak membabitkan pegawai perubatan awam dengan segera bagi memastikan kebajikan dan pembangunan kerjaya doktor muda di negara ini lebih terjamin.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat, berkata pihaknya berpendirian bahawa lantikan kontrak sudah tidak sepatutnya diamalkan untuk penjawat kerajaan, terutama bagi perkhidmatan perlu (essential) seperti sektor kesihatan.

Katanya, isu terbabit juga perlu diselesaikan secepatnya memandangkan perkara berkenaan semakin panas apabila wujud seruan Hartal Doktor Kontrak untuk pegawai perubatan awam kontrak melakukan mogok pada Julai depan, sekiranya kerajaan tidak menangani permasalahan itu.

“CUEPACS berdiri teguh dan bersolidariti dengan doktor-doktor muda ini dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dalam memperjuangkan hak pekerjaan mereka untuk mendapat status lantikan tetap.

ADNAN

“CUEPACS bersedia menjadi penghubung bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi pegawai perubatan muda ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Adnan berkata, ketika negara sedang dilanda COVID-19 dan kepakaran serta khidmat bakti pegawai perubatan muda itu ditagih, mereka sebenarnya terhimpit dengan status kontrak yang tidak memberi jaminan kerjaya.

Katanya, dengan kontrak disambung dari tahun ke tahun, golongan itu menerima gaji, elaun dan cuti terhad berbeza dengan doktor tetap.

Lebih menyedihkan, jelasnya, pegawai perubatan kontrak itu tidak berpeluang menyambung kepakaran ke tahap lebih tinggi untuk bergelar pakar kerana status kontrak terbabit.

Dengan ketiadaan jaminan dalam pekerjaan dan pembangunan kerjaya, katanya, pegawai perubatan muda ini sukar membuat perancangan masa depan kerana sentiasa menunggu penyambungan kontrak setiap masa.

Selain itu, Adnan berkata, CUEPACS tidak mahu situasi berkenaan memberi kesan jangka panjang kepada sektor perkhidmatan kesihatan awam negara apabila bakal doktor muda melihat tiada sinar masa depan di negara sendiri, justeru memilih untuk berkhidmat di luar negara.

“Ketika itu apabila negara kekurangan tenaga pakar baharulah kita semua sedar kesilapan sudah dibuat.

“Malah, CUEPACS merasaskan adalah tidak wajar sektor essential seperti Kementerian Kesihatan (KKM) tertakluk dengan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam, justeru perkara ini perlu diteliti semula amat penting untuk rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan penduduk Malaysia sekitar 900,000 ke sejuta orang setiap tahun, memerlukan pertambahan doktor bagi merawat dan mengendalikan fasiliti kesihatan negara.

“Jadi, tiada salahnya untuk kerajaan mempertimbangkan pemberian lantikan tetap kepada pegawai perubatan berstatus kontrak ini yang terbukti kompetensinya dalam perkhidmatan semasa negara mengalami darurat kesihatan,” katanya.

Mengulas mengenai seruan Hartal Doktor Kontrak untuk pegawai perubatan kontrak melakukan mogok pada Julai depan, sekiranya kerajaan tidak menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka sekian lama, Adnan tidak menyarankan perkara itu diteruskan.

“Seruan tidak menyarankan seruan dan mogok diteruskan kerana dikhuatiri menjejaskan perkhidmatan kesihatan awam negara yang berada dalam situasi genting ketika ini. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.