nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sindiket palsukan dokumen kerajaan terbesar tumpas

28 JUN: Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan rangkaian sindiket terbesar pemalsuan pelbagai dokumen kerajaan didalangi lelaki warga Myanmar dikenali sebagai ‘Rockers’.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditangkap dalam satu operasi khas di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata kejayaan tersebut adalah hasil daripada maklumat risikan selama empat bulan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Jabatan Imigresen Malaysia.

“Tindakan pantas telah diambil oleh pegawai operasi dengan menahan suspek ketika sedang menunggu pelanggan di dalam kereta di belakang sebuah bangunan di kawasan Kota Raya. 

SINDIKET mampu menghasilkan pelbagai dokumen palsu sejak beroperasi empat tahun lalu.

“Dengan penangkapan ini, suspek telah membawa pasukan operasi ke sebuah kondominum mewah di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur yang dijadikan sebagai markas untuk mencetak dan mengeluarkan pelbagai dokumen palsu,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee memberitahu hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang dan dipercayai menjalankan kegiatan tersebut secara bersendirian dan telah beroperasi sejak empat tahun yang lalu.

Beliau menegaskan modus operandi yang digunakan adalah menerusi aplikasi Whatsapp, Viber, Wechat dan Telegram sebagai medium untuk mencari pelanggan dan suspek sendiri akan berjumpa dengan pelanggan bagi tujuan transaksi. 

“Sindiket ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warganegara Myanmar dan Bangladesh. Selain mencetak dan mengeluarkan pelbagai dokumen palsu, sabjek juga mempunyai kemahiran menghasilkan dokumen-dokumen palsu yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. 

“Turut ditemui Cap Keluar dan Masuk palsu pelbagai negara yang juga merupakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan dengan bayaran tertentu,” katanya. 

Beliau berkata, kadar bayaran dikenakan adalah sebanyak RM300 hingga RM1,000 bagi sekeping pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS); RM100 i-kad palsu; RM200 pakej cap keluar dan masuk pelbagai negara; RM500 pasport pelbagai negara; RM100 kad UNHCR; RM1,000 kad kelahiran warga Myanmar serta sijil perkahwinan dan RM100 lesen memandu antarabangsa.

“Hasil pemeriksaan pasukan telah menemui, satu komputer desktop, sembilan buah mesin pencetak,  dua buah mesin laminate, satu buah number engraving machine, tiga papan pemotong, satu mesin pengimbas dan beberapa peralatan lain untuk tujuan menghasilkan dokumen palsu. 

“Pelbagai jenis dokumen palsu turut ditemui seperti i-kad palsu, kad UNHCR, pasport pelbagai negara, sijil perkahwinan serta sijil kelahiran Myanmar, lesen memandu antarabangsa. 

“Di samping itu, terdapat juga beberapa pasport asli pelbagai negara seperti India, Indonesia dan Amerika Syarikat. Pasukan juga turut merampas wang tunai sebanyak RM15,300, sebuah kereta jenis Honda dan sebuah motosikal jenis Yamaha,” katanya. 

Sementara itu, Khairul Dzaimee berkata, suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55(D) Akta Imigresen 1959/63 iaitu membuat, memalsukan atau meminda suatu pengendorsan atau suatu dokumen untuk digunakan sebagai suatu Visa, Permit, Pas atau Kelayakan di bawah Akta. 

“Jika disabitkan kesalahan, bertanggungan kepada denda tidak kurang RM30,000 dan penjara tidak kurang lima tahun tidak lebih 10 tahun dan hendaklah juga dihukum sebat tidak lebih enam sebatan. 

“Jabatan Imigresen Malaysia akan terus memburu sindiket atau individu yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang. 

“Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka yang didapati melanggar kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 atau Akta Pasport 1966,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.