nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

2 kes bunuh setiap hari dari 2019 hingga Mei 2021

1 JULAI :  Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan sebanyak sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari secara puratanya dari tahun 2019 hingga Mei 2021.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, mengesahkan sepanjang tempoh 2019 hingga Mei 2021 juga seramai 281 lelaki dan 1,427 orang wanita dilaporkan membunuh diri.

“Kebanyakan mangsa yang terbabit adalah berumur antara 15 hingga 18 tahun iaitu seramai 872 orang dan bagi mangsa yang berumur antara 19 hingga 40 tahun adalah seramai 668 orang.

“Johor mencatatkan kes tertinggi pada tahun 2019 dan tahun 2020 iaitu sebanyak 101 kes manakala Selangor mencatatkan kes tertinggi sejak Januari 2021 hingga Mei 2021 iaitu sebanyak 117 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Jalil berkata, tiga punca utama yang menyebabkan kejadian bunuh diri adalah mangsa menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan.

“Cara bunuh diri yang kerap berlaku berdasarkan statistik adalah gantung diri 75.1 peratus, terjun bangunan 13.6 peratus dan minum racun 5.7 peratus.

“Berdasarkan trend kejadian bunuh diri yang berlaku, semua pihak yang bertanggungjawab terutama masyarakat harus memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Jalil berkata individu yang mengalami masalah seperti kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, masalah keluarga dan sebagainya haruslah diberi bantuan serta sokongan daripada pihak keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Berikutan itu, PDRM menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan seperti yang dinyatakan supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan pihak yang menyediakan khidmat masyarakat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.