nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Harimau ajar anak memburu, 240 ekor lembu mati di Dungun

1 JULAI: Sebanyak 240 ekor lembu milik penternak sekitar Felda Kerteh 4, Dungun, mati dalam tempoh dua tahun lalu dipercayai akibat angkara ibu harimau mengajar anaknya memburu ternakan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim, berkata perkara itu disahkan berdasarkan kesan cakaran harimau pada bangkai lembu yang ditemui mati oleh penduduk di kawasan terbabit.

Azman berkata, sebahagian besar lembu yang ditemui mati, terdapat banyak kesan cakaran di bahagian kepala, badan dan belakang dan harimau terbabit sebaliknya tidak memakan daging lembu yang dibunuh.

“Camera infa merah yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) baru-baru ini, berhasil merakam seekor ibu harimau bersama empat ekor anaknya yang berusia sekitar dua tahun.

“Berdasarkan rakaman itu, kita percaya ibu harimau itu hanya mengajar teknik memburu kepada anak-anaknya dan setakat ini tiada laporan harimau itu bertindak menyerang peneroka,” katanya dalam laporan sebuah akhbar, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Azman berkata, kawasan Felda Kerteh 4 di sini mempunyai kira-kira 1,000 ekor lembu yang diusahakan oleh 60 penternak.

“Kita percaya, lembu yang diternak secara Integrasi dalam ladang itu menarik kunjungan ‘Pak Belang’ untuk masuk ke kawasan itu.

“Kawasan ternakan itu terletak berdekatan dengan kawasan hutan dan kita percaya ada berbelas ekor harimau dalam hutan itu,” katanya.

Beliau berkata, kesan serangan harimau itu menyebabkan penternak di situ mengalami kerugian yang besar.

“Saya bersama PERHILITAN serta beberapa agensi kerajaan lain sudah mengadakan perjumpaan dengan penternak bagi mencari tindakan menyelesaikan masalah itu.

“Unit khas dari PERHILITAN telah mengambil langkah memantau kawasan ternakan 24 jam termasuk memasang kamera dan memasang perangkap, “katanya.

Dalam pada itu, Dr Azman berkata, hasil pertemuan dengan penternak terbabit, pihaknya telah mengambil keputusan mengehadkan kemasukan penduduk ke kawasan itu.

“Kita turut menetapkan peneroka, pekerja ladang termasuk penternak dihadkan masuk ke kawasan itu hingga jam 6 petang.

“Masyarakat luar juga dinasihatkan supaya tidak pergi berkelah ke kawasan air terjun yang terletak berhampiran dengan kawasan itu, “katanya.

Katanya, pihaknya berharap semua penternak supaya dapat mengurung ternakan mereka sebelum waktu senja.

“Operasi khas PERHILITAN akan diteruskan di kawasan itu dengan matlamat untuk menangkap dan memindahkan harimau itu demi keselamatan warga Felda, penternak termasuk harimau itu sendiri.

“Kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk membantu penternak yang kerugian melalui Tabung Bencana Pertanian,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.