nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahli Parlimen UMNO dalam Kerajaan kekal bersama PN?

6 JULAI: Majoriti Ahli Parlimen UMNO dalam Jemaah Menteri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menegaskan bahawa mereka akan terus kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) buat masa ini bagi menangani isu penularan wabak COVID-19.  

Menurut sumber mereka enggan berbuat demikian kerana ada dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO berkenaan memainkan peranan penting dalam membantu usaha kerajaan PN menangani penularan pandemik COVID-19 termasuk perolehan vaksin dan aspek kesihatan awam.

Mereka juga dikatakan berbuat demikian kerana enggan melihat negara sekali lagi terjebak dengan kancah krisis politik yang tiada kesudahan demi kepentingan peribadi dan menyelamat individu tertentu.

“Soalnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid sudah beri tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, jika itu tidak dilakukan ia dianggap satu penderhakaan dan UMNO tidak bersekongkol.

“Tetapi hari ini kerajaan sudah umumkan Parlimen akan bersidang, jadi mereka bertanya apa lagi yang Ahmad Zahid mahu sebab beliau sudah buat desakan dan sekarang ia sudah dilaksanakan, cukuplah tu…kenapa mahu meneruskan juga tindakan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan kepada politik negara,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, pendirian untuk terus berada dalam kerajaan bukanlah bermaksud ahli-ahli Parlimen itu mementingkan kedudukan sebagai anggota Kabinet atau Pengerusi GLC sebaliknya ia demi mengelakkan negara terjebak sekali lagi dalam pertelingkahan politik yang akan merugikan rakyat.

“Rakyat tengah susah, takkan kita nak tambah lagi dengan bergaduh soal politik pulak, macam mana dengan perpaduan orang Melayu, dah pasti akan berpecah-belah lagi,” kata sumber itu.

Difahamkan, ketegasan ahli-ahli Parlimen tersebut dilihat akan menggagalkan usaha kepimpinan UMNO membawa parti itu keluar daripada kerajaan PN kerana jika kesemua mereka dipecat daripada parti, ia akan memberi kesan kepada kestabilan politik dalaman UMNO.

“UMNO akan berpecah-belah, macam mana pula masa pilihan raya nanti. Kesemua mereka pasti ada penyokong masing-masing dan ia sudah tentu akan menjejaskan undi kepada UMNO, sekali gus boleh menyebabkan UMNO kalah di kawasan terbabit,” katanya.

Dalam pada itu difahamkan, MCA dan MIC turut menyatakan pendirian akan kekal bersama Kerajaan PN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.