nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kit Siang Kena Minta Maaf Dalam Tempoh 24 jam

6 JULAI: Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Senator Ir Khairil Nizam Khirudin memberi amaran kepada veteran DAP, Lim Kit Siang agar tidak bersikap kurang ajar dan memutar belit maksud Kerajaan Allah yang ditulis oleh Presiden PAS, Datul Seri Abdul Hadi Awang.

Justeru, beliau yang juga Ketua Pemuda PAS menuntut Ahli Parlimen Tanjung Puteri itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam dalam tempoh 24 jam. 

Sekiranya gagal, beliau menegaskan satu laporan polis akan dibuat secara besar-besaran atas provokasi dan penghinaan kepada umat Islam di negara ini. 

“Semua orang Islam mengetahui, maksud ‘kerajaan Allah’ yang ditulis oleh Presiden PAS adalah kekuasaan Allah, bukan merujuk kepada mana-mana kerajaan di dunia, bahkan Malaysia, baik kerajaan PN apatah lagi kerajaan gagal Pakatan Harapan (PH) 

“Kit Siang bukan sahaja salah dan memutarbelitkan maksud perkataan tersebut, malah beliau bertindak menghina ‘kerajaan Allah’ sebagai kerajaan gagal dalam melawan pandemik. Sudahlah memutar belit, menghina pula,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Khairil Nizam menambah, Pemuda PAS turut menggesa agar tindakan berat dikenakan ke atas mereka yang cuba menggugat keharmonian negara.

“Bukanlah sesuatu yang pelik bagi pemimpin parti seangkatan dengan Kit Siang menghina Islam dan Allah. 

“Sekiranya kebiadapan ini dibiar berterusan, keamanan dan keharmonian negara akan terus tergugat akibat mulut lancang dan penghinaan golongan ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah mengarahkan kepimpinan pemuda UMNO untuk membuat laporan polis terhadap veteran DAP itu yang jelas telah menghina kesucian nama Allah. 

Menurut beliau, DAP seharusnya belajar bahawa sikap cauvinistik dan rasis parti itu yang tidak pernah berubah dengan sewenangnya meremehkan kesucian Islam seperti inilah yang menyebabkan kerajaan PH hanya bertahan selama 22 bulan.

“Mempermainkan kesucian nama Allah dan mengaitkannya dengan kegagalan kerajaan hari ini menguruskan pandemik COVID-19 adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam. 

“Perbuatan Kit Siang ini amat biadap dan kurang ajar serta mesti diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Inilah juga sebab UMNO satu-satunya parti yang tidak pernah ada pengalaman menjalinkan kerjasama politik bahkan terus mempertahankan mandat perwakilan akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO lalu tidak sesekali bersetuju untuk berpakat dengan DAP,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.