nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

421,479 dos rekod tertinggi penerima vaksin

13 JULAI: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di bawah pemantauan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mencatatkan jumlah tertinggi penerima vaksin sebanyak 421,479 dos, semalam. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah tersebut merupakan sejarah baharu yang pernah diberikan dalam sehari sepanjang pelaksanaan PICK pada Febuari lalu. 

“Untuk rekod, jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari adalah 376,909 dos iaitu 9 Julai lalu.

“Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mencatatkan, sejumlah 11,788,189 dos jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos 1 dan 2 di seluruh negara,” katanya. 

ISMAIL SABRI

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media perkembangan harian Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini. 

Justeru, bagi yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin, beliau menyeru supaya tampil dan mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera,

“Pendaftaran juga boleh dibuat melalui laman sesawang vaksincovid.gov.my atau di talian hotline 1-800-88-8828. Selain itu, pendaftaran secara manual juga telah diperkenalkan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu sebanyak 67 premis meliputi kilang premis perniagaan dan tapak pembinaan telah diarahkan tutup kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP). 

“Ini berikutan pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan semalam, di mana sebanyak 2,285 buah kilang, 16,882 premis perniagaan, 1,015 tapak pembinaan dan 456 buah asrama penempatan pekerja telah diperiksa.

“Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan semalam telah melaksanakan 90, 214 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,245 orang,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga merupakan Menteri Pertahanan menegaskan jumlah mereka yang ditahan kerana ingkar PKP semalam merekodkan jumlah 416 individu telah ditahan dan daripada jumlah itu, seramai 372 individu dikompaun dan empat orang lagi direman. 

” Kesalahan tertinggi direkodkan semalam ialah mereka yang rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran serta makan dan minum di premis sebanyak 97 kes dan tiada penjarakan fizikal sebanyak 35 kes.

Kesalahan lain yang turut dikesan adalah individu gagal mendaftar masuk premis (74), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (43), membawa penumpang berlebihan (39), tidak memakai pelitup muka (58), premis gagal patuhi arahan (6) dan lain-lain (64),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.