nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia tidak bercadang campur vaksin

13 JULAI: Malaysia tidak bercadang menggunakan kaedah heterologi atau campuran vaksin di antara Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca buat masa ini kerana tiada bukti kukuh menunjukkan keberkesanannya.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat ini Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga tidak menerima sebarang data atau bukti yang menunjukkan keberkesanan campuran vaksin itu untuk diluluskan.

“Syarikat vaksin sama ada Pfizer atau AstraZeneca tidak menghantar data kepada NPRA dan buat masa ini kita masih perhatikan jika ada keperluan untuk dilaksanakan. Setakat ini tiada lagi keperluan berbuat demikian.

“Kita hanya laksanakan berdasarkan bukti kukuh, contohnya campuran vaksin Barat dan Timur iaitu AstraZeneca dan Sinovac.

NOOR HISHAM

” Tiada bukti langsung mengenai keberkesanannya. Adakah ia berjaya atau tidak. Jika tiada bukti kita tidak boleh syorkan campuran vaksin berkenaan.

“Ini adalah keadaan sebenar, kita perlu pastikan vaksin yang diterima itu selamat, ada kesan sampingan atau tidak dan barulah kita boleh nasihatkan untuk membuat campuran vaksin,” katanya dalam sidang media khasnya hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata keputusan mengenai penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan COVID-19 akan diputuskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) esok.

Beliau berkata KKM percaya penggunaan kaedah Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) menerusi air liur berkenaan mampu meningkatkan aktiviti saringan di lapangan.

“RTK-Antigen air liur boleh dilaksana sendiri yang menambahkan saringan di lapangan. Ini akan memungkinkan kes-kes (positif) di lapangan dapat dikesan dengan lebih baik lagi.

“Sebelum ini, tujuh hospital KKM sudah dikenal pasti untuk melaksanakan penilaian lapangan penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan COVID-19.

“Kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19 akan tersedia di pasaran dalam tempoh terdekat, justeru individu berkenaan tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan bagi melakukan pengesanan awal COVID-19,” katanya.

Pada Mac lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengesahkan, ujian dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati kaedah persampelan air liur memberi keputusan 100 peratus ketepatan dan 96.67 peratus untuk sensitiviti.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.