nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pejabat Parlimen Muar diarah tutup kerana langgar SOP

14 JULAI : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Ahli Parlimen Muar, pejabat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarah tutup oleh pejabat Kesihatan Daerah Muar kerana melanggar standard operasi prosedur ketika menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ahli Parlimen itu hanya membuat permohonan untuk melakukan agihan barangan keperluan dari rumah ke rumah sahaja dan bukannya secara berpusat di Pejabat Parlimen Muar.

“Permohonan memang ada dibuat oleh Syed Saddiq, namun permohonan yang dibuat itu hanyalah untuk edarkan barangan dari rumah ke rumah, tetapi apa yang berlaku pengedaran barangan dilaksanakan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar. 

“Jadi, ia menyebabkan ramai yang berkumpul, kira-kira 100 orang awam dan itu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Justeru, Pejabat Daerah Kesihatan Muar mengarahkan pejabat itu ditutup kerana tiada kebenaran yang dipohon kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah untuk mengadakan majlis di pusat khidmat rakyat tersebut.

“Susulan daripada itu, pihak berkuasa hanya mengeluarkan amaran kepada pihak terlibat dan tiada sebarang kompaun yang dikeluarkan,” katanya menerusi sidang media secara maya di Facebook Polis Johor, hari ini. 

Sehubungan itu, beliau menegaskan sememangnya Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memang dibenarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti, namun mereka perlulah mendapatkan kebenaran itu daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah. 

“Jadi, saya mohon mana-mana Ahli Parlimen atau ADUN nak buat program boleh, tetapi ikutlah SOP yang telah dikeluarkan oleh MKN. 

“Buat permohonan rasmi untuk dapatkan kebenaran daripada pusat kawalan operasi bencana supaya kawalan mengikut SOP yang ditetapkan akan dapat dilaksanakan sebaiknya,” ujarnya.

Program pemberian bantuan di pejabat Parlimen Muar dihentikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah kerana melanggar SOP dan tidak ada permohonan yang dibuat kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah.

Terdahulu, Syed Saddiq dalam laman Facebooknya memberitahu, Pejabat Parlimen Muar telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa bermula hari ini.

Beliau memberitahu tidak sampai hati menolak kehadiran masyarakat Muar yang memohon bantuan kerana itu merupakan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.