nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pharmaniaga bekal 12.4 juta dos Sinovac minggu depan

14 JULAI: Pharmaniaga Berhad menjangkakan pembekalan 12.4 juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan dapat diselesaikan minggu hadapan.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Zulkarnain Eusop, ia adalah empat bulan lebih awal berbanding jangkaan awal.

“Setakat hari ini kami telah membekalkan 11.5 juta dos vaksin atau 93 peratus daripada jumlah keseluruhan kepada kerajaan melibatkan produk isi siap (fill and finish) dan produk siap.

 “Selain produk isi siap yang dihasilkan di kilang kami, kami turut membekalkan produk siap dan daripada dos yang telah dibekalkan 3.6 juta merupakan produk isi siap manakala 7.9 juta lagi produk siap yang diimport.

ZULKARNAIN

“Kontrak antara kami dengan kerajaan sepatutnya tamat pada November namun disebabkan peningkatan kes, kami mempercepat dengan menggabungkan (pembekalan) produk isi siap dan produk siap,” katanya dalam sidang akhbar secara maya hari ini.

Zulkarnain menjelaskan, pihaknya turut bersedia untuk membekalkan dos vaksin kepada pihak swasta dan kerajaan namun hanya selepas semua dos kepada kerajaan dibekalkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, beliau telah mengarahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin untuk mendapatkan vaksin dari mana-mana pihak untuk terus mempercepat program vaksinasi rakyat Malaysia.

Zulkarnain berkata, pihaknya bersedia membekalkan dua juta dos tambahan seperti diminta kerajaan.

“Jika ada permintaan tambahan seperti yang diminta Perdana Menteri, kami akan bekalkan dua juta itu dahulu dan kita lihat bagaimana untuk tidak mengganggu bekalan kepada pihak swasta dan kerajaan negeri,” katanya.

Menurut Zulkarnain, setakat ini pihaknya mendapat permintaan lebih lima juta dos vaksin daripada kerajaan negeri dan swasta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.