nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RCI siasat langkah pemulihan TH dibuat PH

15 JULAI: Skop siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) merangkumi langkah-langkah pemulihan diumumkan kerajaan di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) hingga tahun 2020.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata skop siasatan RCI berkenaan tidak merangkumi usaha penambahbaikan berterusan dan penstrukturan TH yang sedang dilakukan kerajaan sekarang.

“Kerajaan juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi meneliti dapatan pengauditan perunding-perunding untuk tempoh 2014 hingga 2018, serta langkah-langkah pemulihan yang telah dilaksanakan oleh TH berdasarkan dapatan perunding-perunding itu sehingga tahun 2020.

“Bagaimanapun, seperti yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 14 Julai 2021, skop suruhanjaya ini tidak akan merangkumi usaha penambahbaikan berterusan dan penstrukturan yang sedang dilaksanakan bagi memperkasakan tadbir urus TH,” kata MOF hari ini.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pergerakan itu berpendapat ada beberapa perubahan skop yang boleh ditambah baik dan dipinda bagi memastikan matlamat RCI untuk menjaga kemurnian institusi Islam itu tercapai.

“Paling utama adalah, skop siasatan RCI juga perlu mengambil kira Pelan Pemulihan TH yang telah dimulakan pada zaman PH,” katanya.

Menurut MOF, Mesyuarat Jemaah Menteri semalam bersetuju untuk menambah baik pengurusan dan operasi TH secara menyeluruh yang antara lain membabitkan cadangan dasar model baharu operasi TH dan semakan pindaan Akta Tabung Haji 1995.

Katanya, cadangan model baharu operasi TH itu akan diteliti secara bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan TH.

Selain itu, katanya, Jemaah Menteri juga bersetuju dengan penyenaraian TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh BNM

“Aspek governans (tata kelola), integriti dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam adalah amat penting bagi memastikan kedudukan kewangan TH lebih kukuh dan stabil, untuk menjamin dan memelihara kepentingan pendeposit dan jemaah haji Malaysia.

“Sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Tabung Haji 1995, simpanan pendeposit kekal selamat dan dijamin oleh kerajaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.