nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PBKD lulus bersyarat vaksin Sinopharm, J & J

16 JULAI: Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), hari ini, meluluskan pendaftaran bersyarat dua lagi vaksin jenis Sinopharm dan Johnson & Johnson (J&J) untuk kegunaan semasa bencana COVID-19.

 Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kelulusan berkenaan menyaksikan Malaysia kini mempunyai enam jenis portfolio vaksin yang diletakkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Dr Noor Hisham berkata COVILO ialah vaksin yang dibangunkan China National Biotec Group Company Limited (CNBG), Sinopharm, dan dikenali sebagai vaksin COVID-19 Sinopharm.

Beliau berkata, vaksin J&J yang hanya memerlukan satu dos suntikan pula dibangunkan Janssen Pharmaceutica N.V. dari Belgium.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data terkini dari semasa ke semasa.

“Kelulusan berkenaan juga bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

Beliau berkata langkah berkenaan menunjukkan kerajaan sentiasa komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran PICK. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.