nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hampir Semua Ahli Parlimen, Pengiring Telah Divaksin

25 JULAI: Parlimen menetapkan ‘house rule’ bagi memastikan setiap individu yang datang ke Parlimen termasuk pekerja kontraktor, kakitangan kementerian dan pegawai pengiring menteri divaksin terlebih dahulu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, lebih 95 peratus Ahli Parlimen telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19, dengan 35 Ahli Parlimen lagi sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagaimanapun, masih terdapat empat Ahli Parlimen yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 atas sebab-sebab tertentu, namun, mereka tetap dibenarkan hadir ke persidangan Dewan Rakyat.

“Semua Ahli Parlimen dibenarkan datang ke Dewan walaupun tidak divaksin tetapi kami menasihatkan mereka yang tidak divaksin ini berhati-hati, kerana kita tidak boleh menahan mereka daripada menunaikan tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

“Sebanyak 90 peratus petugas di Parlimen susah lengkap dua dos vaksin selepas mendapat persetujuan  Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)  Khairy Jamaluddin bagi memberi vaksin kepada semua petugas di Parlimen.

AZHAR

“Kami akan periksa di luar sebelum mereka dibenarkan masuk…kalau belum divaksin, kami akan halang daripada memasuki Parlimen,” katanya pada sesi sidang media secara maya bagi memperincikan persiapan Sidang Khas Parlimen yang akan bermula esok.

Dalam pada itu, Azhar memberitahu, setiap individu seperti Ahli Parlimen, pegawai bertugas, kakitangan Parlimen, petugas media, pekerja kontraktor, pemandu dan pengawal keselamatan peribadi perlu menjalani ujian saringan sebagai langkah keselamatan.

“Seramai 1,008 orang menjalani ujian saringan Rabu lepas manakala kesemua Ahli Parlimen disaring semalam,” katanya. 

Sementara itu, Azhar menerusi kenyataan turut memaklumkan seramai 72 pengamal media dibenarkan hadir di bangunan Parlimen dan kehadiran yang terhad adalah sebagai langkah membendung dan mengurangkan risiko penularan COVID-19 semasa sidang khas itu.

Beliau berkata, Parlimen turut menambah baik persidangan dengan memperkenal dan menyediakan kemudahan platform sidang media secara hibrid dan sesi temu bual interaktif eksklusif dengan Ahli-Ahli Dewan Rakyat melalui aplikasi Zoom.

“Sidang media dan temu bual secara maya ini akan dapat memberi peluang kepada semua pengamal media yang tidak dapat hadir secara fizikal di bangunan Parlimen untuk mengambil bahagian pada semua sidang media ataupun temu bual yang mungkin diadakan oleh mana-mana Ahli Parlimen ketika sidang khas diadakan. 

“Parlimen akan menyediakan satu bilik khusus yang menempatkan dua komputer berserta kelengkapan audio visual dengan pautan Zoom khas dan pihak media boleh menghubungi Setiausaha Akhbar Yang Dipertua Dewan Rakyat atau Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) Parlimen jika ingin mengadakan sesi interaktif bersama Ahli Dewan Rakyat.

“Selain itu, liputan sidang media secara langsung melalui YouTube Live Stream di pusat media pada kali ini akan melalui pembaharuan yang membolehkan wartawan yang berada di luar bangunan Parlimen turut serta secara maya dengan capaian aplikasi Zoom.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan semua gambar penting semasa persidangan akan dirakam oleh jurugambar rasmi Parlimen bersama jurugambar Jabatan Penerangan Malaysia.

“Saya harap pendekatan pengurusan media yang baharu ini dapat membantu mengurangkan risiko kebolehjangkitan COVID-19 khususnya dalam kalangan pengamal media di Parlimen Malaysia,” katanya.

Persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan selama lima hari mulai 26 Julai, manakala sidang Dewan Negara pula diadakan selama tiga hari bermula 3 Ogos.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.