nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syed Saddiq bayar baki jaminan RM250,000

26 JULAI: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini melunaskan baki bayaran jaminan berjumlah RM250,000 atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada 22 Julai lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, memerintahkan Syed Saddiq, 29, yang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu, diikat jamin RM330,000 dengan wang jaminan RM80,000 dibayar pada hari sama manakala selebihnya dibayar selewat-lewatnya esok.

Peguam, Haijan Omar yang mewakili Syed Saddiq, ketika dihubungi Bernama berkata, baki wang jaminan itu dibayar oleh seorang penjamin di kaunter bayaran jamin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang turut dihadiri seorang lagi peguam, Loh Suk Hwa.

Ketika ditanya mengenai kehadiran Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Haijan berkata: “Tiada keperluan untuk anak guam (Syed Saddiq) hadir ke mahkamah hari ini bagi membayar baki wang jaminan itu”.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (BERSATU), yang diamanahkan penguasaan ke atas dana ARMADA, melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq juga menghadapi pertuduhan menyalahgunakan harta iaitu wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 April sehingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.