nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Akta 342 Tidak Terjejas Jika Ordinan Darurat Batal

30 JULAI: Sebarang pembatalan Ordinan Darurat yang dibuat ketika proklamasi darurat tidak akan menjejaskan perjalanan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)  sedia ada untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan yang menyeru agar semua pihak diminta tidak membuat tafsiran yang tersendiri dan tidak tepat mengenai Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) dan hubung kaitnya dengan Proklamasi Darurat. 

KKM memaklumkan tindakan tersebut penting bagi mengelak salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung perintah tersebut.

“Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit dibuat di bawah Subsekyen 11(1) Akta 342 memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan tempatan jangkitan.

“Perintah ini bertujuan untuk melanjutkan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan yang pada awalnya mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020, dan telah dilanjutkan bagi tempoh 2 Ogos sehingga ke 31 Disember 2021. 

“Sebelum ini, kuat kuasa perintah ini dilanjutkan bagi tempoh 1 April 2021 hingga 1 Ogos 2021. Perintah ini telah menetapkan bahawa semua Negeri dan Wilayah Persekutuan sebagai kawasan tempatan jangkitan,” katanya.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan dengan berkuat kuasanya Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, pelaksanaan undang-undang boleh diambil melalui arahan pegawai diberi kuasa untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit. 

Selain itu, perintah itu juga berkuat kuasa bersama dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Subseksyen 11(2) untuk membolehkan Kerajaan menguatkuasakan, antaranya, arahan Ketua Pengarah dan Peraturan-Peraturan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

“Manakala Proklamasi Darurat pula dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan suatu darurat besar sedang berlaku di seluruh Malaysia mulai 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021. 

“Sebarang pembatalan Ordinan Darurat yang dibuat ketika darurat tidak akan menjejaskan perjalanan Akta 342 yang sedia ada untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit. 

“Perintah ini mahupun Proklamasi Darurat telah diwartakan dan telah menjadi dokumen awam yang boleh diakses melalui portal Jabatan Peguam Negara,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.