nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: 134 lagi kematian hari ini

30 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 134 lagi kematian akibat COVID-19 hari ini dengan 1,055 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 532 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan itu jumlah kumulatif angka korban akibat penularan COVID-19 di Malaysia kini mencecah 8,859 orang sejak kes pertama dikesan pada 24 Februari 2020.

“Daripada 134 kes kematian dilaporkan hari ini, 128 individu yang meninggal dunia akibat COVID-19 adalah rakyat tempatan dan enam kes membabitkan warga asing.

“Sebanyak 134 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 35 kes di Selangor, 17 kes di Melaka, masing-masing 15 kes di Johor dan Negeri Sembilan, masing-masing 12 kes di Kedah dan Perak, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, enam (6) kes di Sabah, lima (5) kes di Terengganu, empat (4) kes di Pahang, dua (2) kes di Kelantan, dan satu (1) kes di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NOOR HISHAM

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata lebih 80 peratus daripada 16,840 kes baharu dilaporkan positif hari ini terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai sejarah divaksinasi.

Beliau berkata daripada jumlah itu 48.4 peratus atau 8,146 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini adalah dalam kategori 1 dan tidak menunjukkan sebarang gejala dengan 91 peratus tiada sejarah vaksinasi.

“Sebanyak 8,410 kes atau 49.9 peratus pula berada dalam kategori 2 dan mempunyai gejala ringan dan 69.9 peratus daripadanya tiada sejarah vaksinasi.

“Sebanyak 180 kes atau 1.1 peratus daripada 16,840 kes dikesan dalam tempoh 24 jam lalu pula adalah pesakit kategori 3 dan mengalami gejala radang paru-paru. Manakala 79 kes atau 0.5 peratus daripada kes berkenaan pula berada dalam kategori 4 dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 25 kes pesakit COVID-19 dikesan hari ini pula berada dalam kategori 5, berada keadaan kritikal di ICU dan perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata data berkenaan adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19.

Malah, beliau berkata ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 1.7% kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 (75.4% tiada sejarah vaksinasi) dan 98.3% kes pada kategori 1 dan 2 (81.6% tiada sejarah vaksinasi).

“Didapati majoriti besar kes yang baharu didiagnosa COVID-19 iaitu 80% tidak mempunyai sejarah vaksinasi. Oleh itu, segeralah dapatkan vaksinasi agar anda & keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan COVID-19.

“Apabila dilihat senario di hospital-hospital, sememangnya pesakit kategori 3-5 jauh lebih tinggi peratusannya. Ini kerana kebanyakan pesakit kategori 1 & 2 diisolasi di rumah (berisiko rendah & mempunyai kediaman yang sesuai/memenuhi syarat). Terkini, Hospital Serdang pula dijadikan Full COVID-19 Hospital,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.