nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia terima sumbangan Arab Saudi bernilai RM21.15 juta

30 JULAI: Malaysia menghargai pelbagai sumbangan dihantar oleh kerajaan Arab Saudi bagi membantu kerajaan menangani pandemik COVID-19 di negara ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan Arab Saudi menyumbangkan kepada Malaysia sebanyak 4.5 juta unit peralatan perubatan bagi menangani pandemik COVID-19 dan sejuta dos vaksin jenis AstraZeneca dengan nilai keseluruhan AS$5 juta (RM21.15 juta).

Hishammuddin berkata, pemberian secara percuma itu menandakan satu lagi detik yang istimewa dan bersejarah bagi hubungan Malaysia-Arab Saudi.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada kerajaan Arab Saudi atas tindakan yang amat responsif bagi memastikan sumbangan ini dapat diserahkan hanya selang beberapa hari selepas Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud sendiri menitahkan supaya King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action (KSRelief) segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan demi membantu negara kita menangani cabaran pandemik ketika ini.

“Keprihatinan berterusan Raja Salman terhadap negara ini serta kesungguhan kerajaan Arab Saudi dalam menjunjung titah baginda baru-baru ini benar-benar membuktikan tekad Arab Saudi untuk berjuang bersama-sama Malaysia di era pandemik yang serba mencabar ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Difahamkan kesemua peralatan perubatan tersebut dihantar melalui tiga pesawat Saudia Airlines yang tiba di Malaysia semalam dan hari ini.

Pada 25 Julai lalu, media melaporkan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman telah menitahkan KSRelief memberi bantuan bekalan perubatan segera termasuk sejuta dos vaksin kepada Malaysia bagi membantu menangani cabaran yang timbul akibat pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata antara sumbang lain dihantar Arab Saudi ialah peralatan perubatan yang diterima termasuk 100 ventilator, 150 ventilator mudah alih, 319 penumpu oksigen, 30 alat bantuan pernafasan, 100 ventilator mudah alih guna habis, 150 katil hospital elektrik, 52 monitor isyarat penting, selain vaksin yang bakal dibekalkan kemudian.

Beliau berkata sumbangan juga merangkumi tiga juta pelitup muka pembedahan, sejuta pelitup muka N95 / K95, 500,000 sarung tangan getah, 180 oksimeter nadi, 50 pam infusi intravena, 50 pam cecair intravena, tujuh defibrilator, lima videolaringoskop, lima elektrokardiograf (ECG) dan 10,000 peralatan perlindungan peribadi (PPE).

“Ini bukan kali pertama kerajaan Arab Saudi menghulurkan bantuan COVID-19 kepada Malaysia. Arab Saudi merupakan antara negara terawal yang tampil menyalurkan sumbangan iaitu kira-kira lapan juta unit peralatan perubatan kepada Malaysia pada Mei tahun lalu.

“Ditambah sumbangan terbaharu kali ini, ia sekali gus menjadikan Arab Saudi penyumbang terbesar bantuan COVID-19 kepada Malaysia setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, Malaysia sentiasa mendoakan, semoga hubungan baik yang telah sekian lama terjalin antara kedua-dua negara ini terus utuh dan berkekalan seterusnya membawa pelbagai lagi manfaat bersama pada masa yang akan datang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.