nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Angka korban COVID-19 kini cecah lebih 10,000

5 OGOS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 164 pesakit COVID-19 di Malaysia hari ini, sekali gus menjadikan angka korban wabak terbabit kini mencecah 10,019 orang, sejak kes pertama dikesan pada 24 Februari 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham, berkata seramai 150 daripada 164 pesakit COVID-19 meninggal dunia hari ini adalah terdiri daripada rakyat tempatan, manakala 14 individu lagi ialah warga asing.

“Selangor kekal sebagai negeri tertinggi mencatatkan kes kematian akibat COVID-19 hari ini dengan 45 kes, diikuti Johor (27) dan Kuala Lumpur (24).

“Negeri Kedah pula mencatatkan 18 kes kematian, diikuti Perak (10); masing-masing sembilan (9) kes  di Sabah, Pulau Pinang, dan Melaka; tujuh kes di Negeri Sembilan, masing-masing dua (2) kes  di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes  di Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mengesahkan 33 kluster baharu COVID-19 dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu dengan lapan daripadanya dikesan di Kelantan.

Lapan kluster dikesan di Kelantan ialah Kluster Jalan Bukit Lata (Pasir Mas); Kluster Kuala Balah Jeli (Jeli); Kluster Kampung Tok Jawa Tawang; Kluster Batu Balai Kuala Krai; Kluster Jalan Masjid Kok Lanas; Kluster Chiku Gua Musang; Kluster Kampung Takang (Bachok); Kluster Padang Chenok Salor (Kota Bharu ).

Beliau berkata 17 daripada 33 kluster berkenaan adalah membabitkan tempat kerja,13 kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan dan satu kluster kumpulan berisiko.

Beliau berkata dengan pertambahan itu jumlah kluster COIVID-19 dikesan di Malaysia kini menjadi 3,829 kluster termasuk 2,652 kluster telah tamat dan 1,177 kluster masih aktif.

“Berdasarkan data terkini pada 4 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.31) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.26), dan Perak (nilai RT 1.22).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata daripada 20,596 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 398 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,198 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, hanya 4,660 kes (22.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.