nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Inclusiveness dan Politik Tidak Dendam Kekuatan Kerajaan GRS

Kerajaan GRS pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor adalah kerajaan yang diwujudkan atas persefahaman dan kerjasama diantara pemimpin-pemimpin UMNO, PPBM dan parti-parti lokal, Star, PBS, SAPP dan beberapa orang wakil rakyat bebas dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

Walaupun, ada suara-suara yang mulai kedengaran mengkritik kerajaan GRS, kononnya sejak GRS mengambil alih kuasa dari kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal, tidak ada tanda-tanda positif dari semua aspek yang meyakinkan rakyat bahawa kerajaan GRS adalah kerajaan yang dapat membela nasib rakyat negeri Sabah.

Cogan kata kerajaan GRS, ‘Sabah Maju Jaya’ menampakkan kejadian disebaliknya, ‘Sabah Tidak akan Berjaya’. Namun, disebalik nada suara negatif atau pesimis ini, ada beberapa keadaan politik yang amat positif bagi rakyat negeri Sabah sejak terujudnya kerajaan GRS yang tidak ditonjolkan atau diketahui ramai.

Pada saya, perkara yang tidak ditonjolkan itu adalah merupakan kekuatan politik GRS yang sebelum ini tidak wujud semasa kerajaan-kerajaan yang lalu. Perkara itu adalah ciri-ciri kepimpinan ‘tolak ansur, kerjasama dan kekitaan’. Dalam satu perkataan, kerajaan GRS pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor mempunyai ciri-ciri kepimpinan ‘Inclusive’.

Sebenarnya, rakyat negeri Sabah dan pemimpin-pemimpinnya adalah merupakan rakyat yang sejak merdeka mempunyai semangat ‘kekeluargaan’. Soal perbezaan agama, bangsa atau keturunan adalah bukan isu yang menimbulkan masalah berbanding dengan keadaan atau kedudukannya di Malaya.

Di Sabah, adalah perkara biasa di dalam sebuah keluarga, di mana ahli-ahli keluarga menganut agama yang berbeza. Mix marriage atau perkahwinan di antara satu suku dengan suku yang lain adalah perkara biasa.

Datuk Seri Panglima Datuk Hajiji berbangsa Bajau Sama mendirikan rumah tangga dengan isterinya yang berbangsa Dusun. Contoh kerjasama politik d iantara parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin negeri Sabah dapat dilihat pada awal tahun 60-an dari usaha dan tindakan mereka untuk memerdekakan negeri Sabah melalui pengujudan sebuah negara baru, Malaysia.

Pada waktu yang amat kritikal itu, rakyat negeri Sabah di bawah naungan pemimpin-pemimpin dan parti-parti masing-masing seperti Datu Mustapha Datu Harun dan Tuan Donald Stevens yang berbeza agama, budaya dan keturunan telah berdiri dalam satu barisan, bersuara senada dan seirama sehingga kemerdekaan tercapai dalam tempoh masa yang amat singkat, cuma dalam tempoh di bawah dua tahun.

Tanpa kerjasama erat di antara parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin mereka yang muncul dari pelbagai agama, budaya dan keturunan, tidak mungkin Malaysia wujud.

Memorandum 20 Perkara dan Memorandum MSCC (Malaysia Solidarity Consultative Council) adalah aspirasi rakyat Sabah dan pemimpin-pempimpin mereka yang digabungkan sebagai satu suara dan pendirian yang telah digunakan oleh kerajaan British dan Malaya sebagai asas kemerdekaan Sabah melalui penubuhan negara baru, Malaysia.

Malangnya semangat ‘kekeluargaan Sabahan’ sebelum merdeka itu, kini setelah merdeka lebih 50 tahun, semangat ‘Kekeluargaan Sabahan’ telah terjejas, terhakis dan hampir-hampir pupus. Keterjejasan itu, adalah ekoran dari dasar politik ‘pecah dan perintah’ dan politik ‘membuli’ secara subtle atau halus dari mereka yang berwajib di Malaya.

Hasil dasar politik ‘pecah dan perintah’ dan ‘politik buli’ ini nyata keberadaannya di negeri Sabah. Wajar di sedari oleh Sabahan bahawa kekalahan USNO dan Datu Mustapaha ditangan parti BERJAYA pimpinan Datuk Donald Stephens dan Datuk Haris Salleh adalah dokongan dan kerja-kerja pemimpin-pemimpin Melayu Malaya.

Kekalahan PBS yang bersemangat Sabahan juga tumpas ekoran dari kerja-kerja pemimpin-pemimpin Melayu Malaya melalui dasar politik ‘pecah dan perintah’, politik ‘buli’ dan ‘politik intimedasi’.

Berbalik kepada isu negatif yang dilontarkan kearah kerajaan GRS pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor, pada saya, kerajaan GRS ini, jika ‘disusun atur’ berpaksi atas ‘semangat Sabahan’ seperti yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin dan parti-parti politik pada waktu Sabahan menuntut kemerdekaan di awal tahun 60-an, pastinya cogan kata, ‘Sabah Maju Jaya’ akan dapat direalisasikan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kekuatan kepimpinan GRS di bawah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor dan Datuk Bung Mokhtar ialah politik ‘tidak dendam’ dan ‘politik inclusiveness’. Sejak menjadi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor tidak pernah menzahirkan hujah yang mengaibkan atau menyakiti hati pemimpin-pemimpin parti lawan.

Dalam ucapan pembentangan belanjawannya yang pertama pada akhir tahun lalu, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor tidak menghentam sesiapa termasuklah prestasi kerja kerajaan Warisan pimpinan Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.

Sebaliknya beliau memfokuskan hujahnya kepada hala tuju kerajaan GRS. Kerajaan GRS juga tidak memecat atau menukar kaki tangan kerajaan yang memegang jawatan kanan dan penting yang dilantik oleh kerajaan Warisan dahulu walaupun didesak berbuat demikian oleh penyokong-penyokong GRS.

Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor dan Datuk Seri Bung Mokhtar tidak mengamal politik ‘witch hunt’, jauh sekali dari menjauhkan diri dari teman-teman seperjuangan politik yang tidak separti politik dengan mereka.

Contoh klasik ialah tindakan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor dan Datuk Seri Bung Mokhtar melantik Tan Sri Pandikar Amin untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan GRS walaupun Pandikar Amin Mulia bertanding atas lambang USNO dan kalah di DUN Pintasan pada PRN16 yang lalu. Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd. Noor telah melantik Pandikar Amin sebagai Special Envoy BIMP-EAGA Sabah.

Datuk Seri Hajiji Mohd Noor

Sementara Datuk Seri Bung Mokhtar pula telah melantik Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai pengerusi dua Jawatankuasa Teknikal yang berkaitan dengan Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan Pekerja Asing. Sifat dan ciri-ciri kepimpinan ‘inclusiveness’ dan ‘tidak dendam’ ini tidak terdapat dalam mana- mana pemimpin-pemimpin negeri Sabah sebelum ini.

Sejak sekian lama, budaya politik negeri Sabah menebal dengan cirinya iaitu, ‘Zero Sum Game’ atau ‘Kill or be Killed’. Ciri-ciri kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor dan Datuk Seri Bung Mokhtar mengingatkan saya kepada ciri-ciri kepimpinan Presiden Jokowi di Indonesia dan ciri-ciri kepimpinan mantan Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Setelah memenangi jawatan presiden, Jokowi telah melantik lawannya kepada suatu jawatan yang amat penting iaitu menteri Pertahanan, Prabowo Subianto tanpa takut kepada sebarang kemungkinan rampasan kuasa dari tentera Indonesia dibawa bidangkuasa Prabowo.

Apabila ditanya oleh seorang pemberita dalam satu wawancara kenapa beliau menerima jawatan Menteri Pertahanan Indonesia, yang ditawarkan oleh Presiden Jokowi setelah beliau kalah tipis merebut jawatan Presiden negara Indonesia, Probowo Subianto menjawab lebih kurang seperti begini, ” Matlamat saya dan Pak Jokowi betanding merebut jawatan Presiden Indonesia adalah sama iaitu ingin berkhidmat sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat Indonesia. Jadi penerimaan saya kepada jawatan sebagai menteri pertahanan itu adalah tidak bercanggah dengan niat saya yang ingin berbakti kepada kesejaterahan rakyat negara Indonesia”.

Presiden Mandela pula, setelah memenangi pemilihan jawatan presiden di Afrika Selatan, walaupun telah dipenjara oleh kerajaan Kulit Putih beridealogi mendiskriminasi warga kulit hitam di bawah dasar politik Apartheid selama 27 tahun, telah menzahirkan dasar ‘Reconciliation’ di mana warga kulit hitam yang majoriti dan warga kulit putih yang minoriti dimestikan untuk ‘bermaaf-maafan’ demi kesejahteraan negara mereka, Afrika Selatan.

Makna kata, politik dendam ‘diharamkan’ di Afrika Selatan. Presiden Mandela lebih kurang menyatakan, “Saya adalah Presiden Afrika Selatan. Bukan sebagai presiden kepada warga Berkulit Hitam sahaja”

Di negeri Sabah sekarang ini, sudah mula kedengaran suara-suara berciri menghasut peperpecahan ekoran dari pergolakan politik semasa di Malaya di antara sebilangan pemimimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kononnya, sekiranya terjadi pertukaran Perdana Menteri, kejadian tersebut itu akan membawa impak yang amat besar kepada kerajaan GRS di Sabah di mana ada kemungkinannya jawatan Ketua Menteri juga akan bertukar tangan. Pada saya, sekiranya perkara itu berlaku, ianya adalah akibat amalan dasar politik ‘pecah dan perintah’ dari mereka yang berwajib di Malaya.

Apapun andaian yang berlegar di alam maya, media sosial dan sepertinya berhubung dengan kelemahan kerajaan GRS, saya berkeyakinan bahawa sebenarnya kerajaan GRS di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor dan Datuk Seri Bung Mokhtar akan dapat mengatasi segalanya itu. Keyakinan ini di sandarkan kepada kemantangan politik rakyat negeri Sabah dan pemimpin- pemimpinnya.

Ini terbukti dari kenyataan rasmi Datuk Seri Bung Mokhtar selaku Ketua Badan Perhubungan UMNO negeri Sabah dimana kenyataan beliau tersebut menyokong apa saja pendirian parti UMNO terhadap sokongannya kepada kerajaan PN.

Dalam pada itu beliau juga menegaskan agar kepimpinan UMNO Pusat mengotakan janjinya terhadap status UMNO negeri Sabah sebagai badan yang mempunyai kebebasan atau autonomi dalam menentukan hala tujunya berhubung dengan politik negeri Sabah.

Dalam erti kata lain, UMNO Sabah tetap akan mempertahankan status quo kerajaan GRS. Inilah sifat politik yang “lembut tapi tegas” yang diperlukan oleh rakyat negeri Sabah pada masa ini dan untuk masa-masa yang akan datang.

Saya juga berkeyakinan bahawa sikap dan ciri-ciri kepimpinan ‘Inclusiveness dan Tidak Dendam’ yang ada dalam diri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor dan Datuk Seri Bung Mokhtar akan diterima oleh rakyat negeri Sabah dan akan menjadi suatu budaya baru menentang atau menolak budaya politik, ‘Zero sum Game; Pecah dan Perintah dan politik Kill or be Killed’.

Keberadaan Parti UMNO dan PPBM di Sabah adalah didorong oleh objektif yang sama, iaitu berkhidmat dengan sedaya upaya mungkin demi untuk kesejahteraan rakyat negeri Sabah. Pastinya, kesejahteraan rakyat negeri Sabah itu akan mudah tercapai sekiranya semua rakyat negeri Sabah dan pemimpin-pemimpin parti politik tempatan yang lain dalam GRS berkerjasama dan bersatu untuk mempertahankan hak-hak negeri Sabah dalam berurusan dengan Putrajaya.  

Berbalah sesama sendiri semata-mata atas sebab berebut jawatan Ketua Menteri dan jawatan-jawatan menteri cuma akan merugikan rakyat negeri Sabah.

Kalau objektif keberadaan UMNO dan PPBM di Sabah ada sama, demi untuk kesejahteraan rakyat negeri Sabah, apakah tidak releven pendirian Nelson Mandela dan Prabowo Subianto terhadap kesejahteraan negara mereka untuk diambil sebagai contoh atau iktibar oleh rakyat dan pemimpin-pemimpin negeri Sabah?

Kalau sebelum wujudnya kerajaan GRS, politik negeri Sabah diwarnai oleh budaya ‘Kill or Be Killed’, di bawah kepimpinan Datuk seri Panglima Hajiji Mohd. Noor dan Datuk Seri Bung Mokhtar kemunculan budaya politik baru ‘Inclusiveness dan Tidak Dendam’ adalah amat menyegarkan dan memberi semangat baru kepada rakyat Sabah untuk bersatu berhadapan dengan cabaran- cabaran politik yang akan mengekang matlamat objektif “Sabah Maju Jaya”.

Tinggal lagi, sebarang dasar baru itu memerlukan masa yang secukupnya untuk dapat dihadam oleh rakyat akan kebaikannya. Seperti yang dijelaskan di atas, bahawa aspirasi rakyat Sabah untuk diambil perhatian apabila berurusan dengan Putrajaya akan mudah dicapai sekiranya ianya disuarakan secara bulat dan padu oleh rakyat Sabah dan pemimpin-pemimpinnya.

Ciri-ciri kepimpinan GRS yang ‘lembut tetapi tegas’ dan sifat pucuk pimpinannya yang ‘inclusive’ adalah merupakan daya penarik dan kekuatan GRS kearah pengujudan kestabilan politik negeri Sabah. Politik yang stabil adalah resipi utama untuk kestabilan ekonomi sesabuah negeri atau negara.

Politik ‘inclusive’ yang dipraktikkan oleh kerajaan GRS kini, akan menutup ruang kepada politik ‘pecah dan perintah’, politik buli dan politik intimidasi. Kata orang, “Rome was not built in one day”, dan seperti juga dengan makna ungkapan ini, ” Sabah Maju Jaya” tidak akan dapat dikecapi dalam masa setahun dua.

Saya tertunggu-tunggu kepada kejadian, sama ada politik ‘inclusiveness dan tidak berdendam’ selari dengan budaya asli rakyat dan pemimpin negeri Sabah akan akur kepada buday politik ‘Zero Sum Game; Pecah dan Perintah dan Kill or be Killed’ atau sebaliknya.

Kenyataan daripada Presiden USNO Tan Sri Pandikar Amin Mulia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.