nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak Wajar Sekolah Dibuka September Ini

12 OGOS : Tidak wajar bagi Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengambil risiko memulakan kembali sesi persekolahan bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka, mulai 1 September ini, berikutan kes semakin membimbangkan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ini dibuktikan dengan negara memecah rekod kes tertinggi jangkitan harian COVID-19 hari ini iaitu 21, 668 kes. 

Menurut beliau, ia menunjukkam peningkatan sebanyak 9,140 kes berbanding ketika KPM membuat pengumuman pembukaan sekolah pada 17 Julai lalu iaitu hanua mencatatkan sebanyak 12,528 kes. 

“Tambahan pula, mengikut data daripada Kementerian Kesihatan (KKM), bermula dari 25 Januari 2020 (kes pertama COVID-19 direkodkan di Malaysia) sehingga 11 Ogos 2021, seramai lebih kurang 233,497 orang remaja dan kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah telah dijangkiti COVID-19. 

“Jumlah ini adalah bersamaan dengan 17.6 peratus daripada keseluruhan kes yang telah direkodkan. Walaupun pihak KPM memberi jaminan bahawa para guru dan individu yang terlibat sesi persekolahan akan menerima vaksin sebelum sesi persekolahan bermula, tapi para pelajar ini masih tidak divaksin. 

Datuk Seri Jalaluddin Alias

“Para pelajar ini masih berpotensi untuk dijangkiti dan menjangkiti jika mereka membawa virus itu tanpa sedar. Ini jelas membuktikan golongan remaja dan kanak-kanak ini antara golongan yang sangat berisiko,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Pada masa sama, Jalaluddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Jelebu memaklumkan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kalangan kanak-kanak susah untuk pantau sepenuhnya terutama apabila mereka berada di luar kawasan sekolah.

“Adakah pihak kementerian yakin dan pasti keadaan akan bertambah baik dan stabil menjelang 1 September? Adakah keadaan cukup selamat untuk anak-anak kita. Jangan letakkan anak-anak kita berada dalam keadaan bahaya. 

“Ibu bapa juga pasti akan dalam dilema sama ada hendak menghantar atau tidak anak-anak ke sekolah. Sesi PDPR ketika ini wajar untuk diteruskan sehingga keadaan menjadi lebih stabil,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, kemungkinan sesi persekolahan secara bersemuka ini boleh dibuat bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 namun harus dipertimbangkan dengan teliti dengan mengambil kira keadaan semasa.

“Dalam tempoh lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum sesi persekolahan dibuka, saya berharap agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mempertimbangkan semula rancangan ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.