nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PH Jangan Terlalu Yakin Jadi Perdana Menteri

15 OGOS: Rakyat perlu menilai semula tindak-tanduk ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang bersungguh-sungguh mahu menukar kerajaan.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, tindakan pembangkang ketika ini hanyalah untuk mendapat kuasa semata-mata bukan kerana ingin menyelesaikan masalah pandemik COVID-19.

Menurut beliau, semua pihak harus mengimbas kembali dan tidak sesekali lupa apa yang dialami oleh rakyat sepanjang tempoh PH mentadbir kerajaan persekutuan di mana janji mereka semuanya dusta.

“Rakyat mampu menilai, mana intan, mana kaca, mana permata, mana bata terhadap tindak-tanduk Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang beria-ia nak tukar kerajaan. 

Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telah berjaya memberi sinar positif dalam melawan pandemik COVID-19 di negara ini.

“Lihatlah apa yang mereka lakukan semasa di tampuk kuasa. Mereka masih membiarkan pelancong masuk ke Malaysia pada saat wabak ini mula menular dan ramai yang menderhaka kepada sultan dan raja,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas di kalangan ahli-ahli Parlimen dan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Publika, Kuala Lumpur.

Selepas selesai bermesyuarat, kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara kembali menjadi tumpuan beberapa pimpinan parti lain mendokong kerajaan (PN) 

Mesyuarat itu dihadiri semua ahli Parlimen PN termasuk pemimpin tertingginya dilaporkan akan membincangkan langkah dan rancangan seterusnya membabitkan pentadbiran kerajaan dan soal menghadap di Istana Negara esok.

Justeru, Muhamad Muqharabbin menegaskan UMNO sama sekali tidak akan menggadai maruah untuk bersekongkol dengan DAP dan PH kerana rakyat pasti muak serta meluat sekiranya parti itu bersama mereka.

“Ya, memang UMNO mahu Muhyiddin meletak jawatan, tapi UMNO tetap ingin Perdana Menteri di kalangan sesama BN dan PN untuk terus menerajui kerajaan sehingga selesai pandemik COVID-19 ini,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau menyakini bahawa kesan positif daripada pelaksanaan tindakan kerajaan memerangi wabak tersebut akan mula membuahkan hasil mulai September ini. 

Beliau juga yakin dengan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam melantik Perdana Menteri baharu dapat menjamin kestabilan politik dan menyelesaikan isu pandemik COVID-19 dengan segera.

“Selepas Ogos ini, sinar untuk negara keluar daripada pandemik ini akan mula kelihatan. Lihat sahaja di Kuala Lumpur, pesakit wad ICU di HKL sudah mula menurun kerana 70 peratus penduduk di Lembah Klang telahpun mengambil vaksin. 

“Jangan bagi mereka (PH) kuasa ini kerana mereka akan menyatakan, sebab merekalah kes COVID-19 di Malaysia berjaya diturunkan. 

“Sedangkan, usaha ini telah dilakukan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan (KKM), dan para barisan hadapan lainnya yang bertungkus-lumus, menyegerakan pengambilan vaksin dengan pantas,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.