nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PINTAR serah kepada Agong tentukan calon PM baharu

15 OGOS: Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) yakin kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong mampu merintis jalan penyelesaian terbaik terhadap kemelut politik dan pelantikan Perdana Menteri baharu.

Presidennya, Prof Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, berkata PINTAR juga berharap proses pelantikan Perdana Menteri baharu, peralihan kuasa dan pembentukan gabungan kerajaan baharu akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar.

“Kami harap Perdana Menteri dan kerajaan baharu akan dapat dilantik dengan segera bagi meneruskan usaha-usaha dan perancangan untuk memulihkan negara melalui proses vaksinasi menyeluruh dan pembukaan kembali sektor ekonomi serta sektor-sektor lain untuk kembali beroperasi seperti sediakala.

“Kami turut berharap kerajaan baharu nanti adalah sebuah kerajaan yang meletakkan aspek integriti pada kedudukan yang penting dan menerajui negara berteraskan budaya politik yang matang dan sejahtera, memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua.

MOHD ROSLAN

“Sama-samalah kita membantu untuk mewujudkan sebuah negara yang baik dan mendapat pengampunan dari Ilahi berasaskan panduan Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohd Roslan berkata beliau mengikuti perkembangan terkini politik tanah air di mana Perdana Menteri telah meletakkan jawatan pada hari ini dan peletakan jawatan tersebut telahpun disembah maklum dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Kami merasakan bahawa walaupun berat dipandang, rakyat Malaysia menghormati keputusan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan di atas tekanan politik yang diterima terutama apabila terdapat ahli-ahli parlimen yang menarik sokongan kepada beliau yang telah menyebabkan kehilangan majoriti sokongan ahli dewan rakyat.

“Peletakan jawatan ini berlaku dalam keadaan negara sedang bertungkus-lumus untuk menangani pandemik COVID-19 serta sedang berusaha untuk memulihkan keadaan ekonomi yang memberi impak kepada negara dan rakyat melalui inisiatif yang diperkenalkan iaitu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Sinar kejayaan telah mula kelihatan dengan penurunan kes serius dan pembukaan sektor-sektor ekonomi dengan lebih meluas.

Kami berasa agak kesal apabila krisis politik ini berlaku dalam keadaan rakyat sedang berdepan dengan keadaan yang tidak menentu, kesusahan mengharungi kehidupan dan sebagainya kesan daripada hilang pekerjaan dan lain-lain.

“Namun begitu, kita juga melihat kepada realiti yang mana Perdana Menteri seolah-olah tidak lagi mempunyai banyak pilihan lain dan yang terbaik adalah mengundur diri dari menerajui kepimpinan negara.

“Dalam keadaan ini, dengan sendirinya ia bermaksud menyerahkan kepada kebijaksanaan untuk melantik siapakah Perdana Menteri yang mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat, berasaskan kepada undang-undang.

“Kami percaya dan yakin bahawa krisis ini akan dapat ditangani dengan baik apabila Agong menggunakan kebijaksanaan baginda dan kuasa yang ada untuk melantik Perdana Menteri yang baharu,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.